Ladang Kopi Luwak
Ada banyak je ladang/kebun kopi luwak dalam
perjalanan dari Desa Penglipuran ke Pura Tirta Empul tuh. Even dalam perjalanan
balik dari Pura Tirta Empul ke Ubud pun masih banyak ladang/kebun kopi luwak
yang kita akan lalu.
Tak ingat plak den nak amik gambo kat ladang
kopi luwak yang Pak Eddie bawak kitaorang.
Sesampai je kat parking, kitaorang disambut
mesra oleh pekerja ladang kopi luwak tuh. Kitaorang dibawa melawat ladang tuh
sekali lalu sementara nak sampai ke tempat nak berehat-rehat sambil minum kopi
tuh.
Dia tunjukkan jenis pokok kopi yang ditanam
kat ladang tuh. Ada pokok lain jugak macam koko, serai, etc.
Pekerja ladang tuh tunjukkan jugak kawasan
biji kopi diproses untuk tujuan minuman dan jualan.
Kanan : Kopi luwak yang belum proses. Kiri : Yang warna coklat muda tuh kopi luwak yang dah proses |
Ada satu kandang yang menempatkan seekor
musang luwak tuh.
Lepas dah dibagi penerangan tuh, kitaorang
dibawa berehat kat tempat duduk yang ada pemandangan menghijau gittew.
Lepas tuh kitaorang diberikan 3 jenis kopi, 4
jenis the dan 1 koko untuk dirasa dalam cawan yang sangat comel. Minuman nih
semua free k. Sakan la kitaorang merasa minuman panas sambil menghayati
keindahan alam semulajadi (ayat poyo sangat nih).
Kalo kita nak rasa kopi luwak ada bayaran
akan dikenakan. Member den kata dia tak rasa kopi luwak tuh halal diminum
berdasarkan research dia. So takde la kitaorang minum kopi luwak tuh.
Dah abis bersantai merasa semua minuman free
tuh, den macam rasa tak best la plak kalo tak beli apa-apa kat kedai menjual
teh, kopi dan koko yang ada kat situ. Ada macam-macam dijual kat kedai tuh
termasuk pelbagai jenis coklat termasuk coklat berperisa cili, buah-buahan
tempatan, etc.
Den beli la pakej kecik set kopi + teh dia.
Ada kopi bali, teh serai dan teh manggis.
Member den kata takpe je kalo tak nak beli
apa-apa pun tapi den tak menyampai hati la plak tak beli apa-apa sebab dah
minum macam-macam secara percuma hehehehehehe.
0 Comments