Gusto Gelato & Caffe, Kuta
Lepas lunch kat Bale Udang tuh, den pergi
beli souvenirs sekupang dua kat Krishna. Kata Pak Eddie kalo nak shopping
souvenirs di Bali nih, pergi kat Krishna atau Bali Agung coz depa ala-ala one
stop centre.
Lepas shopping sekupang kat Krishna tuh
kitaorang pi makan aiskrim kat Gusto Gelato & Caffe. Kata member den,
aiskrim nih famous kat Bali. Dari Krishna tuh nak ke kedai aiskrim nih dalam 10
minit je naik skuter.
Pencarian kedai aiskrim nih dibuat guna
google map. Mujoq sangat la kan kitaorang naik skuter sebab payah gila nak
parking kete kat sini sebab takde ruang parking kecik sangat. Dah la kedainya betoi-betoi
tepi jalan yang agak sibuk. Kalo bawa skuter bley parking kat belakang kedai.
Masuk je ke kedai aiskrim nih, ternampak iklan untuk sewa @ pajak tanah kat Bali nih. Kalo ada RP 700 juta bley la buat resort kat sini |
Kedainya comei lote je. Ada ruang makan kat dalam
kedai dan ruang makan yang lebih besar di luar kedai. Cosy tempat nih. Ramai
budak-budak muda remaja (langsung terasa tua) dok makan aiskrim sambil bergelak
ketawa kat sini.
Ramai gila orang beratur nak membeli aiskrim.
Ada pilihan nak aiskrim dalam cawan atau kon. Den tak perasan plak ada kon tuh.
Dah order yang dalam cawan baru nampak ada orang makan aiskrim kon tuh. Cawan
plak ada yang kecik, sedang dan besaq. Kitaorang amik yang cawan sedang tuh.
Kalo cawan sedang dia akan bubuh 3 scoops ice creams. 2 cawan sedang nih rege
dia RP 84,000 @ RM 28.
Ramai peminat aiskrim rupanya |
Bayaq dulu kat kaunter dan dapatkan resit
bayaran. Lepas tuh tunjuk resit bayaran kat pekerja yang akan sediakan aiskrim
tuh. Disebabkan orang ramai dok tunggu giliran makanya kena buat keputusan
cepat nak makan aiskrim perisa apa. Toksah dok blur-blur sebab nanti kena tohmahan
plak sebab lembap sangat nak pilih perisa aiskrim.
Ish....tangan sape tatau yang interprem gambaq den nih |
What's you flava...tell me what's your flava...craig david |
Disebabkan banyak sangat perisa aiskrim yang
dok ada + kalut sebab kena pilih cepat-cepat, makanya den terpilih perisa
vanilla + honey crunchy + bijan. Tak adventure langsung kot makan aiskrim
perisa vanilla + honey tuh sebab dah biasa makan kot kat Malaysia. Plain betoi
la den nih. Haishhh. Yang paling tak bley blah bley pilih perisa bijan plak
tuh. Memang rasa bijan. Bengong betoi.
Mine : vanilla + honey crunchy + bijan |
Member den punya pilihan perisa macam menarik
la jugak sebab perisa buah naga bagai.
Kale purple tuh perisa buah naga |
Berapa banyak gambaq aiskrim nih yang hang nak amik wei....sibuk je marah den |
Tapi aiskrim dia memang sedap.
Cumanya tak dapat nak makan secara bersantai
sangat sebab ramai sangat orang yang dok cari tempat duduk.
So temanya kat sini sila pilih dulu perisa
yang best untuk dibeli sebelum buat bayaran + makan dengan cepat.
Toksah dok berangan nak menghayati suasana ke
apa sebab orang ramai gila datang nak makan aiskrim.
Kitaorang lepak makan kat open area belakang kedai aiskrim |
p/s tatau la kan kalo den pi sana masa peak
hour ke apa sebab tuh la ramai orang. Kena rasa aiskrim nih kalo mai kat Bali
nih ye.
0 Comments