Pak Eddie the tourist guide pun tak pernah sampai ke sini.

So memang nak mencari jalan ke sini adalah sangat mencabar dengan tiba-tiba handphone Pak Eddie baterinya kong, kitaorang plak belum beli sim card sana….ace adventura betoi. 3,4 kali Pak Eddie berhenti tanya orang arah jalan nak ke sini. Tapi kalo dah memang ada rezeki berjumpa jua akhirnya setelah hampir 2 jam jugak untuk menyampai ke sini.

Member den la yang beriya sangat nak datang sini. Katanya kalo ikut pembacaan dia kat internet, kampong nih antara kampong yang terbersih dan terindah di dunia standing dengan perkampungan kat Belanda. Terror sungguh kan?

Masa dalam perjalanan sampai la ke tempat nih hujan renyai-renyai. Disebabkan dah sampai, kita bertabah hati jugak la berjalan-jalan kat kampong nih dalam keadaan hampir basah kuyup dan tetap tersenyum riang di kala ada adegan bergambar.
Entrance ke kampung nih
Siap ada visi & misi. Kalah jabatan gomen.
Dewan rasanye sebab macam lapang je
Entrance fee adalah Rp 16,000 @ RM 5.40/sorang.

Perkampungan nih memang unik. Sebarang kenderaan termasuk motor tak dibenarkan masuk ke kawasan perkampungan nih. Kena parking kat luar. Sebelum masuk ke kawasan perumahan, kita akan berjumpa dengan satu dewan yang agak besar.

Susunan rumahnya yang bertemakan senibina Bali teratur je sebelah menyebelah. Bentuk rumah depa nih hampir sama. Walopun nampak macam antic tapi setiap umah ada nombor sendiri ye (agaknya untuk memudahkan surat dianto kot). Landskap dia toksah cerita la. Memang menarik dengan macam-macam pokok dan bunga. Rumput carpet dia tuh cantik je kat setiap sudut. Memang bersih kampong nih. Siap ada tong sampah berbeza untuk jenis sampah lagi.
View paling chantek kat highest point kat sini. Pelancong Jepun tuh kira model la.
Semua dok sakan berpayung sebab ujan memang bley tahan lebat. Den gak sempoi main redah je sebab memang takde bawa payung or baju ujan pun. Kata nak berangan berlakon filem Hindustan kan. Harus la ada adegan dalam hujan.
View di kampung nih
Gambaq-gambaq yang dicilok daripada member den. Kalo gambo yang tak beberapa nak striking warnanye maknanye den cilok daripada dia la.

Penduduk kat sini dikatakan masih berpegang teguh kepada adat dan budaya Bali. Ada beberapa penduduk kat sini yang menjual souvenirs tapi den tak jenguk pun depa juai ape.

Dekat ujung perkampungan nih ada satu kawasan yang dipanggil ‘Karang Memadu’. Menurut seorang tourist guide (agaknya la) kat situ, tempat tuh dikhaskan untuk sesiapa yang berpoligami. Lelaki yang berpoligami dan isteri-isterinya perlu duduk kat situ, terasing daripada keluarga yang tidak berpoligami. Katanya setakat pengetahuan dia memang takde sapa lagi la yang pernah duduk kat situ.
Tourist guide dok ceite pasai Karang Memadu nih kat pelancong yang datang sini. Kitaorang tumpang dengaq.
Di kawasan hujung lagi satu terdapat jalan untuk ke tempat lain macam Kuta, etc. Kat sini jalan raya dia dilitupi oleh jaringan pokok buluh. Serious chantek.

Being me yang asyik membesiaq (asyik nak kencing), den pergi toilet kat sini. Mula-mula macam ngeri takut toilet dia terpleot ke ape tapi surprisingly toilet dia selesa dan bersih k. Ada peti sumbangan untuk masuk toilet tuh. Rp 2,000 @ 70 sen kalo tak silap.

Tak luas mana pun kawasan nih. Dalam 45 minit, in sya Allah dah abis round satu kampong gittew.
Bukan nak berseni. Terambik gambo nih masa nak berjalan
Kalo kat Malaysia kawasan kampung yang tak terceruk sangat pun makan tahun nak masuk kawasan seliaan PBT. Tapi depa siap ada tong sampah organik dan inorganik lagi.

Sampai la kitaorang nak keluaq dari sini, ujan masih renyai-renyai.


Wajib datang kalo nak merasa suasana aman damai dan tenang sangat-sangat. Sunyi sepi kampong nih.

0 Comments