Lepas breakfast, dengan berpandukan peta yang
diamik kat kaunter reception resort semalam + print out daripada blog omputih
yang ceite pasai tempat nih + google map, kitaorang bergerak naik moto mencari
tempat nih.
Seperti biasa, kalo den la co-pilot nya akan
ada je la sesi tersalah or terlepas simpang.
Dari Sapu Lidi Resort dan Spa, naik motor
dalam 20 minit bley sampai ke sini kalo tak sesat. Cam kitaorang hampir 30
minit baru sampai sini.
Masa kitaorang parking motor member den tanya
kat sorang awek yang tengah parking motor kat kawasan yang sama betoi ke tak
Campuhan Ridge Walk tuh kat sini. Awek tuh cakap betoi la tuh dan Campuhan
Ridge Walk nih jugak dikenali sebagai Bukit Cinta.
Den macam ada feeling ‘awat plak nama Bukit
Cinta. Ramai orang berpeleseran kat sini ke ape’. Tapi lepas den menapak kat
sini, baru la den paham pasai pa nama dia Bukit Cinta sebab memang la berchenta
nko nak menapak sejauh 2 km sampai check point Karsa Café sebelum patah balik
lagi 2 km untuk sampai ke tempat parking. Memang berchenta sungguh.
|
Melalukan pura nih untuk sampai ke tempat mula nak jalan ke Campuhan Ridge Walk tuh |
|
Ada sekolah sebelum sampai kat tempat trail tuh sebelum kuil |
Disebabkan kitaorang tak sure bley letak
helmet kat motor, so kitaorang bawa la sekali helmet tuh berjalan menapak kat
Campuhan Ridge tuh. Asal nak amik gambo je kena letak helmet. Sakan sungguh
sesi meletakkan helmet setiap kali nak ambik gambo dan nak pastikan helmet tuh
tak termasuk dalam gambo sekali.
Laluan dia tak susah pun. Jalan landai je. Di
kiri kanan track tuh dikelilingi dengan lalang yang tinggi-tinggi tapi sebab
kawasan tuh semua ada lalang je dan lebih kurang sama tinggi dia, jadi chantek
la view dia sebab menghijau dan sekata dan serumpun je.
|
Den teramik gambo nih secara tak sengaja tapi den suka gambo nih sebab macam chantek hehehehehe. Lepak je budak tuh jalan-jalan dengan anjing & mak dia dengan ceria |
|
Gambo favourite den sebab macam chantek je kombinasi warna hijau + hitam + biru putih langit |
Walopun laluan dia landai tapi ia adalah 2 km
untuk sampai ke Karsa Café tuh ye. Untuk orang yang biasa masuk hutan, panjat
gunung, etc track camnih memang laluan harian depa je la tapi untuk orang macam
den yang berjalan dari opis ke Kompleks PKNS pun dah termengah-mengah, track
kat Campuhan Ridge Walk nih memang mencabar jugak.
Dalam dok menapak kat track tuh, ada beberapa
kali la jugak tanya member den ‘jauh lagi ke wei’ atau ‘bila nak sampai nih
wei’. Macam mana la kan dia tak hangin dengan den. Dah la kena jadi
photographer den (antara tempat terbanyak dia ambik gambo den), nak kena layan
soalan-soalan yang membingitkan telinga lagi. No wonder la dia mengamuk
hahahhaahha. Ada beberapa kali dia dok cakap kat den ‘oooo….suruh berjalan tak
larat. Nak ambik gambo hidup’ hehehehehehe.
Laluan dia lurus ke nak menyampai ke Karsa
CafĂ© tuh. ¾ perjalanan sebelum sampai ke Karsa CafĂ© kita akan lalu kat track
yang ada selaut lalang tuh. Then kita akan lalu kawasan rumah dan homestay,
kedai-kedai jual souvenirs dan sawah padi.
|
Banyak kedai juai lukisan |
|
Galeri seni |
|
Kedai minum |
|
Kedai juai lukisan dan patung. Sape yg minat lukisan akan rambang mata nak pilih sebab semua chantek. |
Memang tempat yang sangat chantek untuk amik
gambo. Masa kitaorang menapak kat sini, ada satu pasangan pengantin tengah amik
gambo kawin. Pengantin pompuan dengan gaun kembang ropol-ropol putih dan high
heel (den suspect ada jalan lain yang boleh naik ke sini dengan kete). Tak
sampai 1O orang den bertembung masa menapak nak ke Karsa Café. Ada omputih yang
dok berjogging. Ada couple omputih ditemani tourist guide berjalan kat sini.
Ada sorang omak dan anak perempuan dia yang sangat comei ditemani anjing.
Den rasa ada la dalam 45 minit - 1 jam jugak
kitaorang menapak dalam nak menyampai ke Karsa Café tuh.
Sampai kat Karsa Café tuh memang pemandangannya
sawah padi dan kolam yang dipenuhi teratai. Memang chantek cumanya sawah padi
dekat situ baru tuai kot. So kosong je. Tapi dekat kawasan lain, padi dok
menguning. Lepas Karsa Café nih ada jalan lagi tatau menghala ke mana tapi
kitaorang tak explore la sebab dah memang target nya nak berjalan sampai Karsa
Café - minum sekejap - patah balik ke tempat parking moto + tak cukup masa coz
nak mengejar nak balik resort untuk mandi sebelum check out.
Karsa Café nih dua tingkat. Kalo duduk
tingkat bawah, kita akan duduk sebelah kolam teratai. Kalo duduk tingkat atas,
bley nampak view yang lebih menyeluruh. So kitaorang duduk tingkat atas sambil
minum ayaq kelapa dan ayaq kunyit sambil menghayati keindahan pemandangan sawah
padi di sana sini. Memang chantek dan tenang view kat sini.
|
Berapa banyak gambo air nko nak ambik nih....member den bengang sebab selagi den tak abis amik gambo dia tak dapat minum hhehehehehe |
#tatau la kan pasai pa dalam banyak-banyak
minuman, member den pi minum ayaq kunyit. Macam kan orang dalam pantang.
Masa kitaorang dok berehat kat Karsa Café
nih, ada sorang mamat omputih pakai baju macam sami dok melepak dok melayan
laptop. Tenang gila tengok dia. Macam dia just enjoying the moment melepak
berehat-rehat.
|
Lepak je mamat omputih nih. |
|
Tingkat bawah Karsa Cafe |
|
Sama plak warna teratai dengan warna beg den |
|
Ada spa dalam cafe nih |
Masa dok menapak balik tuh pun tak ramai
orang kitaorang jumpa. Ada satu family omputih dengan anak pompuan dalam 1
lebih yang sangat comei dok berjalan ke arah Karsa Café. Ada 2 orang lelaki
Jepun dok berjalan sama arah dengan kitaorang. Yang special nya, sorang Jepun
tuh, den bajet dah umoq dalam akhir 50-an dengan pakai tongkat ketiak tuh
selamba je jalan sambil bersembang dengan mamat Jepun lagi sorang.
|
Check point untuk start menapak turun kat trail tuh |
|
2 mamat jepun yang sorangnya pakai topang kaki tuh |
|
Tadi datang kan nko dah amik gambo kat sini...kenapa nak amik lagi....asyik kena marah je la den nih bila nak bergambo |
|
Dah sampai kat ujung trail bila nampak pura tuh (bila turun). Kalo naik, pura tuh jadi permulaan trail. |
Baguih betoi stamina diaorang nih.
Tapi walopun nak pengsan menapak kat sini,
still den mencadangkan untuk sapa-sapa yang nak mai ke Ubud nih berjalan kat
sini sebab view dia memang chantek sebab hijau-hijau camtuh. Lagipun untuk amik
gambo memang sesuai.
Tips nak menapak di Campuhan Ridge Walk nih:
Sila pergi awal pagi k untuk elakkan panas
terik due to keadaan kawasan nih yang terbuka serta dikelilingi 90% lalang dan 10%
pokok-pokok dan tumbuhan renek.
Pakai kasut yang selesa macam sport shoes
sebab tema kat sini memang menapak sampai lebam.
Pakai baju yang selesa macam tshirt sebab
confirm akan berpeluh ketiak. Sila jangan pakai baju berenda dan beropol-ropol
kat sini. Kemeja pun macam kurang sesuai.
Bawa ayaq mineral.
Simpang nak masuk ke tempat nih kecik skit,
so kena perati betoi-betoi. Yang pastinya sebelum jambatan belok kat Ubud Inn
dan Ubud Clinic tuh.
p/s
in sya Allah bila den dapat repeat Ubud di masa hadapan yang tatau bila tuh,
den nak duduk kat homestay yang ada kat sini beberapa hari. Pagi dan petang den
nak jogging or at least menapak kat Campuhan Ridge Walk tuh. Waktu senggang
lain akan diisi dengan melepak membaca gossip retis kat laptop atau baca
buku-buku cerita den sambil minum ayaq kelapa serta ditemani pemandangan sawah
padi dan kolam bunga teratai di Karsa Café dan café lain yang ada kat sini (macam
mamat omputih yang den terjumpa kat gambaq atas tuh). Den nak memanjakan diri
kat spa-spa yang dok ada kat sini. Lepas tuh jalan-jalan masuk kedai jual
barangan seni & souvenirs termasuklah barangan silver yang ada kat sini.
Nih my travelling goal….in sya Allah.
0 Comments