Bale Udang, Kuta
Lepas check in kat Yulian Beach Inn Kuta,
terus je sewa skuter/motor untuk 2 hari.
Semua perjalanan mengunakan skuter nih dibuat
berpandukan google map. Dari hotel terus pergi lunch kat Bale Udang Kuta. Tak
jauh pun. Dalam 10 minit naik motor.
Ada 3 ekor udang camnih di antara jalan kat parking area dengan restorant |
entrance |
Menu makanannya sama je dengan Bale Udang
Ubud tuh. Tema restoran pun sama cuma kat sini takde sawah padi. Celah mana la plak
kan nak cari sawah padi kat tengah-tengah bandar nih. But still walopun takde
sawah padi, restoran nih masih cozy environmentnya.
Den ordered satu menu iaitu udang telur asin
(fried prawn sauted with salted egg and coconut milk katanya). Selalu orang
kata ketam/udang telur asin nih macam sedap pengsan. So dah alang-alang
bercotian nih, kita coba la rasa. Den tatau la kan den nih memang terpleot ke
ape tapi macam tak lalu sangat nak makan udang telur asin nih, rasa muak
sangat.
Member den cakap ‘nko nih patut la tak bley
jadi orang kaya. Takut naik kapal terbang, siap mabuk lagi. Lepas tuh tak suka
makan sedap-sedap macam udang telur asin nih’. Sibuk je mengata den kan.
Member den ordered sup gurame & sambal
ape ntah.
Total cost untuk lunch hari tuh adalah Rp
299,145 @ RM100.80.
0 Comments