Cameron Square, Cameron Highland
Dari Kea
Farm Guesthouse nak ke sini tak sampai 5 minit naik kete.
Tak sangka
Cameron Highland ada shopping complex yang beso dan ngetop. Ada semua outlets
yang orang hipster suka la macam Starbucks, etc.
Den cuma jalan-jalan
kat sini saja tengok-tengok je.
Sebelah
shopping complex nih ada taman permainan ala-ala fun fair gittew. Playground
kat sini memang la mengundang koyakan rabak melampau kepada parents. 1 token
dia RM3 kalo tak silap. Setiap satu mainan, paling kurang 2 token untuk sorang.
Tak ke terpleot poket mak bapak kalo anak-anak 5 orang camtuh.
Den yang
anak dua orang pun terasa ngeri mendengar rege tokennye.
Ada jugak
kiosk menjual pelbagai barang mainan, souvenirs macam tshirt, etc dan makanan
ringan macam jagung, keledek, etc.
Budak-budak rambang mata nak pilih mainan |
Disebabkan
anak-anak den masih jatuh dalam kategori boleh diumpan dengan mainan yang
paling murah dok ada, maka agak terselamat la poket den. Selamat pun tak la
selamat mana sebab pedang jedi depa tuh RM 10 jugaknye sekoq.
Wit Bumblebee |
My jedi |
p/s Pembangunan kat Cameron Highlands nih macam tak terancang. Tatau la ada master plan ke Environmental Impact Assessment (EIA) ke tak sebab sakan sangat dibangunkan secara berleluasa. Masa den datang sini, nampak ada lagi hotel bertingkat dalam pembinaan. Cameron Highland nih dah la tanah tinggi kan. Kalo ikut spec kecerunan, ntah-ntah tak boleh dibangunkan sampai camnih pun. So kalo kita dah develop sesuka hati, kena la terima hakikat bila mother nature mengamuk….banjir, tanah runtuh, etc. Eh dah jadi macam laporan ilmiah plak tiba-tiba ye.
0 Comments