Tumpahan Minyak Kelapa Sawit
Buat sekian kalinya den
memang la busy nye sakan-sakan sangat rasanye.
Anak-anak buah den kat opis
pun dok cakap tahun 2017 nih memang extra busy. Selalunya awal tahun agak
relaks skit. Lepas bengkel SKT baru la start sibuk.
Tapi untuk team kitaorang,
awal tahun 2017 dah disambut dengan insiden tumpahan minyak kelapa sawit kat
lebuhraya. Alhamdulillah hari tak hujan so sempat bendung minyak sawit daripada
memasuki sumber air terdekat. Alhamdulillah loji tak shut down. Kalo shutdown
meletops lagi la kitaorang kat tv3 uollls.
Tapi walopun minyak sawit
yang tertumpah tuh tak masuk dalam sumber air, kerja-kerja membendung dan
membersihkan tumpahan minyak sawit tuh (ayat sehabis gomen nih....haishhh)
mengambil masa hampir seminggu untuk diselesaikan. Ada reja yang dibuat dari
pagi sampai pukoi 3 pagi esoknya.
Tuh pun nak kena pantau
berterusan untuk make sure minyak yang termeresap dalam tanah tuh tak terkeluaq
dan termasuk dalam alur-alur yang dok ada dan seterusnya ke sumber air.
Kerja-kerja
pembersihan tuh tak murah ye. Dengan absorbent pad nye, oil boom nye, kolam
perangkap minyak, lori tangki nak sedut minyak sawit, nak lupuskan minyak sawit
kat kawasan yang dibenarkan, etc serious mahai chek oiiii.
Kalo loji shutdown lagi
haru. Isu diwar-warkan secara berleluasa tanpa fakta sebenar oleh media tuh
satu isu. Isu yang terutamanya adalah kita semua takdak ayaq k. Agak leceh
urusan seharian kalo takdak ayaq nih lagi-lagi kalo kita dok cirit birit sebab
keracunan makanan.
Walopun minyak kelapa sawit
nih biodegradable tapi kalo masuk dalam ayaq sungai, depa bleh sebabkan pam nak
sedut ayaq tersumbat. Kalo pun tak tersumbat pamnya, lalu ke nak minum ayaq
berminyak-minyak.
Kalo minyak diesel plak
yang tertumpah masuk dalam sumber air, lagi meletop pom pom dibuatnya.
Oleh itu ye kepada
abam-abam yang bawak lori tak kisah la lori apa especially lori yang membawa
muatan yang cayaq beroi (cair) macam minyak kelapa sawit, minyak diesel, etc
mohon extra berhati-hati bila memandu ye. Yang bawak lori simen ke lori bawak
lembu ke kerbau ke ayam ke mohon berhati-hati jugak jangan pi bantai pungkok
lori yang bawak cecair tuh ye lalu mengakibatkan kemalangan yang termenyebabkan
tumpahan.
Anak-anak
buah den dan konco-konco depa la yang bertugas bersakan-sakan masa kejadian
nih.
Minyak kelapa sawit yang tertumpah tuh dan masuk longkang dan salur yang ada kat tempat kejadian |
Jenuh oiii nak bersihkan minyak yang mengalir kat celah semak samun nih |
absorbent pad |
Kesian belut terperangkap dalam tumpahan minyak tuh. Padahal dia melepak je kat alur-alur yang dok ada kat situ |
Nasib baik sangat minyak tak sempat mengalir masuk ke sungai yang jernih nih |
0 Comments