Nih ceite bulan lepas, last bengkel yang unit den kena handle sebelum masuk tahun 2017. Di kala orang lain dok bercoti sakan sebab dah nak krismas kot kan, sakan la kitaorang membanting tulang (membanting tulang la sangat ye) menguruskan slide presentations, penginapan, etc untuk bengkel 21-22 Disember tuh.

Kalo tak salah den nih je la kot hotel yang besaq yang ada dekat pengkalan jeti lumut yang sesuai untuk berseminar ke berbengkel ke ape. Hotel bajet lain yang lagi comei memang dok ada tapi takde la bilik seminar yang bley muatkan peserta dalam 80 orang.

Hotel nih dah lama gila kot. Kalo ikut pekerja hotel nih, umoq hotel nih 20++ tahun lebih.

So toksah la nak mengharap hotel nih gegak gempita sebab umoq dia dah camtuh. Sure la takde bajet nak refurbish ke apa ke memandangkan semua orang nak berbajet dalam keadaan ekonomi dunia dan Malaysia khususnya yang macam suram-suram nih.

Hotel nih okay je bagi den. Barangan dalam bilik memang semua dah old skoll. Ada yang patut kena ganti pun. Iron board dah nipis abis. Segala laci, lemari, katil, etc memang dah season sungguh rupanya. Kerusi dan meja rotan yang memang masa orang zaman 20,30 tahun dulu dok berkenan. Tv pun dah masuk kategori rare species dan jarang dijumpai iaitu tv gedabak yang bukan flat screen tuh.
Bilik sederhana besaq. Sesuai je kalo family dengan anak tak ramai
Tv yang dah jarang sangat dijumpai. Kerusi tuh pun macam dah jumpa rasanya.
Den siap mimpi hantu kat tepi balkoni masa tidoq first nite kat situ. Bengong sungguh.
Lupa plak nak amik gambo hanger dia yang legend tuh

Yang terpaling tragis adalah hanger dia. Dah tercabut-cabut dah kayu tuh hanger tuh sampai berserpih-serpih.

Yang best ada balkoni cumanya balkoni kitaorang menghadap kawasan semak samun siap ada pokok besaq. So agak scary di situ. Dah namanya datang bekerja kan. Memang tak sempat la pun hang nak bercanda kat balkoni tuh pun.
Tak dan nak duduk sekupang pun kat sini

Markah 4 bintang den bagi untuk pools dia la kot sebab nampak macam best baik untuk budak-budak bergelinjangan atau orang dewasa nak mandi cumanya pool nih betoi-betoi depan restoran dia. So untuk den nih, memang segan skit la nak mandi kalo orang lain bley tertengok kita walopun takde sape pun heran nak tengok pun. Tak sempat nak celup kaki dalam pool pun sebab memang busy pengsan.

Markah paling terpleot den bagi pada makanan dia. Nih aspek yang den rasa hotel nih paling patut/perlu tambahbaik kalo depa nak lebih cemerlang di masa depan. Kepelbagaian dan rasa makanan tuh memang macam kureng sangat-sangat. Serious dok ada macam rasa ‘awat food dia rasa camnih’? Tawaq..tawaq camtuh. Baik breakfast, lunch atau dinner semuanya camtuh pesen dia.

Kalo depa upgrade rasa food depa, walopun takde bajet nak refurbish hotel tuh sendiri, den masih rasa akan ramai orang buat bengkel atau seminar kat sini sebab lokasi dia sangat strategic. Memang boleh sangat berjalan kaki nak ke terminal feri ke Pulau Pangkor tuh. Nak shopping ikan bilis mata biru hijau memang la sepelaung je dari hotel nih.

Masa kitaorang dok berbengkel pun, Malaysian Palm Oil Berhad (MPOB) ada buat bengkel pasai buah kelapa sawit kat sini (mengenal jenis kelapa sawit ke apa tajuknya dah lupa).

Daripada segi bilik, memang la rasa fresh lagi bilik-bilik kat hotel bajet yang baru-baru kat sini tapi kalo nak hotel yang ada facilities pool, bilik seminar, dewan makan besaq, etc memang Orient Star Hotel la tempatnya.

Tapi kalo den nak mai berjimbaan dengan budak-budak nak tidoq satu malam sementara nak tunggu esok pagi nak pi terminal jeti, den amik hotel-hotel bajet yang dok banyak ada kat sini la.

2 Comments

  1. NZED GuestRoom | Cheap Accommodation Room in Lumut, Perak

    Enjoy PLEASANT stay experience for CHEAP accommodation room with GREAT value for money in one of the TOP locations in Lumut, Perak

    Careline: 012-5067575 @ 018-9734575
    Website: http://www.nzedguestroom.com

    ReplyDelete
  2. NZED GuestRoom | Bilik Penginapan Murah di Lumut, Perak

    Nikmati pengalaman penginapan yang MENYERONOKKAN bagi bilik penginapan MURAH dengan nilai HEBAT bagi wang di salah satu lokasi TERATAS di Lumut, Perak

    Talian Mesra: 012-5067575 @ 018-9734575
    Laman Sesawang: http://www.nzedguestroom.com

    ReplyDelete