Resepi Homemade Chicken Nugget Ala Dinosaur
Kemain nko tajuk omputih
ye.
Disebabkan den selalu berangan nak guna acuan dinosaur yang den dah beli tuh, buat nugget nih adalah eksperimen yang terpaling mudah ikut den. Nak tunggu den guna acuan tuh buat chocolate chips memang ntah bila la kan sebab bila tengok lebih daripada 5 bahan je, den dah migraine.
Ada rupa dinosaur tak nugget den nih? |
Resepi asal daripada FB
Qaseh Nor Ila. Dalam FB dia tak bubuh bilangan bahan, so den main agak-agak je
la berapa banyak bahan nak kena letak.
Bahan-bahan
Isi:
4 keping dada ayam saiz
besaq
3 biji teloq
7 ulas bawang putih
Lada sulah secukup rasa
Garam boleh kot kalo nak
letak tapi dalam resepi asai memang takde garam, so den pun tak letak garam
Salut nugget (bread crumbs):
5 keping roti gardenia
Cara membuatnya:
1. Isi ayam + teloq + bawang
putih + lada sulah dikisar sampai hancur lumat.
#mohon kisar sikit-sikit
ye. Kalo bahan camnih 3 kali kisar ye melainkan blender tuh heavy duty.
Kitaorang semalam kisar sekali harung. By the time bahan semua dah hancur,
blender den berasap lepas tuh teruih rosak. Langsung kecik hati. Tapi nasib
baik la kan buong yang kisarkan semua bahan tuh, so blender rosak masa dia
buat. Takde la dia bebel kat den hehehehehehe.
2. Masukkan bahan yang dah
dikisar dalam loyang dan kukus selama 10 - 15 minit.
#disebabkan den memang
takde loyang, kitaorang kukus dalam pinggan berlengkuk. Sudahnya bila dah siap
kukus, memang tak estetik value la nugget den tuh ha.
3. Masa dia panas tuh terus
buat bentuk ikut suka kita.
#den guna acuan dinosaur
tuh untuk tekap nugget nih. Disebabkan bahan yang dikukus tuh dah tak sekata,
memang la bentuk dinosaur tuh tak beberapa nak nampak. Sekali pandang macam
bentuk buku lima, dua kali pandang macam bentuk buah katak puru, 3 kali pandang
dah takde bentuk.
Acuan 4 ekor dinosaurs. Dari atas ikut arah jam. TRex, stegosaurus, brachiosaurus dan triceratops (den agak-agak je la) |
Proses menekap nugget oleh buong & F sambil disupervise oleh A |
Tada.....hasil tekapan |
Paling mahai.....nuggets bentuk abstrak |
4. Untuk buat bread crumbs,
kita koyakkan 5 keping roti gardenia tuh kecik-kecik dan goreng sampai garing.
Lepas tuh kita blender kering roti tuh.
5. Amik nugget yang dah
ditekap tuh dan salutkan dekat putih telur (den guna 2 biji putih telur)
sebelum salutkan depa dengan bread crumbs.
Lepas tuh dah boleh goreng.
Nuggets dinosaur yang dah bersalut bread crumbs |
Dapat la 19 ekor dinosaur nuggets |
Simpan dalam freezer untuk F bawa bekai pi skolah nanti kalo sempat la |
Walopun rupa nugget
dinosaur nih tak handsome sangat tapi rasa dia sedap la jugak haahhahaha….matik
la puji diri sendiri. Apa yang best bila kita buat nugget sendiri nih adalah
ianya penuh dengan rasa ayam.
Lepas digoreng. Dinosaurs den samada obesiti, mengandung, buncit atau kembung perut sebab semua gemok-gemok sebab tak guna loyang |
Disebabkan den dah kalut
blender berasap, etc, den tak sempat la nak amik gambo step by step resepi nih.
In sya Allah bila den buat lagi nanti, den amik gambo ye.
Verdict : Budak-budak happy
sebab dapat makan dinosaur + pembuatan nugget kali nih cost a bomb sebab
blender den rosak.
p/s 1 den dengan blender nih
memang tak panjang jodohnya. Last year masa dok blend serai, lengkuas dan mak
nenek untuk masak rendang, blender berasap dan teruih rosak jugak padahal blend
bahan biasa je kot. Ke blender den selalu rosak sebab guna setahun 4 kali je
kan?
0 Comments