Resort nih dikelilingi oleh pelbagai chalet lain berdekatan dengan Pantai Telok Nipah. Ambil masa lebih kurang 5 - 7 minit je dari chalet nih untuk sampai ke Pantai Telok Nipah tuh.

Check in smooth je tak sampai 5 minit pun. Staff pun baik je.

Bilik kitaorang memang comei je. Ada satu katil queen dan satu katil single. Bilik air agak comei tapi bersih dan selesa. Disediakan sekali sabun dan syampoo dalam peket kecik. Ada peti air, cerek dan cawan.
Kaunter check in/check out
Ada juai souvenirs jugak kat chalet nih
Ada juai buku terpakai tapi den tak sempat nak tengok pun. Terkilan plak.

Aircond sejuk. Siaran tv pun jelas.

Biliknya memang okay. Lantai berpasir skit.
Chalet kitaorang
Persekitaran dekat chalet kitaorang
Tempat makan dan lepaking depan kaunter check in/out
Kalo nak breakfast kat sini depa caj RM10/sorang/dewasa tapi kitaorang tak sempat nak breakfast kat sini sebab dah terbangun lambat.  

Kedai makan, kedai runcit dan kedai jual souvenirs pun dekat dengan chalet nih. 5 minit berjalan kaki je.

Dengan rege RM160/malam memang okay sebab selesa dan chalet dekat dengan pantai, kedai makan, etc.

0 Comments