Menyesal Dahulu Pendapatan
Sebenaqnya sejak 6 tahun lepas dah ada rasa
menyesal sekali sekali terutamanya bila kena isi borang kat klinik/hospital,
isi borang nak apply insurans, SSPN, etc termasuklah isi borang nak masukkan F
ke taska.
Serious lenguh gila jari jemari bila nak
tulis nama F.
Lepas bersalin kat A, pun macam terhilang
ingatan betapa lenguhnya tangan nak tulih nama anak panjang-panjang. End up
nama A pun panjang jugak.
Sudahnya sampai sekarang memang la ada
perasaan termenyesal sekupang dua lagi-lagi bila banyak borang yang nak kena
diisi untuk budak-budak nih.
Patutnya den bubuh nama depa F bin R dan M
bin R.
Ini sakan bubuh nama Muhammad A--- F------
dan Muhammad A--- M-----.
Padahal nama mak bapak sempoi je. Nama bapak
R-------. Nama omak Bidasari.
Itu la akibatnya kalo omak berkenan 1 nama,
bapak berkenan 1 nama.
Consequence nye sila la tanggung sampai
bila-bila iaitu kelenguhan jari jemari bila menulis nama anak.
0 Comments