Jiwa Kacau
Semalam jiwa agak
terganggu.
Pagi-pagi dah tertengok ceite pasal:
1. Sorang omak dera anak
dia umoq 2 tahun 11 bulan sampai mati. Anak kembaq lagi sorang cedera parah.
Anak 9 bulan lebih pun cedera.
2. Sorang omak kat
Indonesia (kalo tak silap) tikam anak umoq 2 tahun dia 28 kali sampai terkeluaq
usus budak tuh sebab suami dia tinggaikan dia.
3. Sorang tukang jahit
lelaki kat india mengaku merogol dan mencabul lebih 200 ke 300 orang pelajar.
Then malam pi tengok la
plak video-video kat FB People for the Ethical Treatment of Animals (PETA):
1. Ladang penternakan buaya
di Vietnam untuk diambik kulitnya untuk buat beg, tali pinggang, etc untuk
branded products macam LV. Kesian tengok buaya tuh ditoreh kepala dia
hidup-hidup. Lepas tuh dimasukkan besi melalui torehan tuh. Tergedik-gedik kaki
buaya tuh masa tuh. Lepas tuh depa skin the crocodile alive k. Lepas depa siat
kulit buaya tuh, ada sekoq buaya tuh masih berdenyut k daging dia. Ikut pekerja
kat situ, buaya akan mati dalam masa 4-5 jam lepas kulit depa disiat. Serious
tragis k.
2. Tempat harvest bulu
binatang macam musang, etc untuk buat kot bulu di China dan Amerika. Condition
sangkar binatang tuh semua memang sempit dan kotoq gila la. Lepas tuh binatang
tuh ditarik dengan ekoq dan dihempuk ke tanah berkali-kali. Tergedik-gedik la
musang, etc tuh kat atas tanah tuh kesakitan. Depa pun disiat masa depa masa
hidup. Yang paling tragis lepas kulit depa semua disiat, musang, etc tuh hidup
lagi k walopun tinggai isi je…depa siap kedip-kedip mata lagi.
3. Tempat penternakan itik dan
angsa bagi penghasilan foie gras (hati itik yang telah digemukkan). Kebanyakan
itik dan angsa nih diletakkan dalam sangkar yang ngam-ngam badan depa supaya
depa tak bergerak dan untuk memudahkan depa dipaksa makan (force-feeding)
jagung melalui tiub/alat khas yang agak panjang 2,3 kali sehari. Kalo tengok
dengan mata kasaq macam sejengkal orang dewasa jugak panjang tiub tuh. Macam
kan boleh je esophagus itik dan angsa tuh cedera masa depa dipaksa makan.
Ada itik dan angsa yang
mati tercekik sebab dipaksa makan. Hati yang digunakan sebagai foie gras nih
adalah lebih kurang 3 kali ganda besaq daripada hati itik dan angsa biasa. Ada
itik tuh depa kepit kepala dia kat dinding untuk force feeding sampai
berdarah-darah kepala kawan tuh.
4. Tengok plak video pasai
baby elephant yang baru lahir dipisahkan dari omaknya dan dilatih untuk
pertunjukan sarkas. Dah la trainer dia garang. Dok la sebat anak gajah tuh
dengan cemeti. Menitik-nitik ayaq mata anak gajah tuh. Adoi la…remuk hati den.
Ada banyak lagi video PETA
yang den tengok tapi tak lalu nak cerita sebab sadis dan tragis.
Untuk kes 2 orang omak
mendera dan membunuh anak kat atas tuh, den tatau the whole facts…samada depa
memang ada meroyan ke ape….so den tak bley nak komen.
Untuk pakcik tukang jahit
kat India tuh kan memang la kejam sangat. Ambik kesempatan kat budak-budak yang
tatau apa. Membuat tindakan yang tidak berperikemanusiaan dan merosakkan masa
depan budak-budak tuh. Sure depa trauma. Yang nih kalo dicadangkan hukuman ‘kasi’
pun rasanya boleh kot disokong.
Videos pasai animal abuse
oleh PETA memang serious menyayat hati. Walopun ada sesetengah perkara yang
PETA bongkarkan dan syorkan macam suruh ‘go vegan’ den tak beberapa setuju tapi
den menyokong penuh kalo depa nak menghapuskan amalan yang mendera binatang
secara berleluasa nih lagi-lagi kalo untuk membuat produk dan mengisi tembolok
manusia yang ikut nafsu melampau nih.
Tapi kalo nak diikutkan,
videos nih kena dituju kepada kumpulan sasar iaitu depa yang kaya kayak coz
sape pun yang mampu beli barangan macam mink coat, handbag, wallet & belt
daripada LV, perhiasan daripada gading gajah atau makan makanan yang
dikategorikan sebagai luxury food atau makanan mewah macam foie gras, shark fin
soup, caviar , etc kalo bukan orang kelompok premium dan elitis nih kan.
So sebenaqnya PETA kena
tackle this kind of target group….the rich people…giving them awareness about the
origin of their stuff and food.
Rakyat marhaein macam den
nih dengaq pasai caviar atau foie gras nih pun bila tengok ceite James Bond
atau Masterchef je.
Kesimpulannya bagi den depa
yang menyeksa binatang nih adalah contoh ‘manusia membuat kerosakan di muka
bumi’ sebagaimana yang dinyatakan di dalam Al-Quran.
p/s
1 memang takde gambaq sebab semuanya ngeri, menyedihkan dan meruntuh jiwa.
p/s 2 nih just ceite sekupang je pasai kekejaman manusia. Belum nak cerita pasai
perang ke genocide ke ape ye. Tuh lagi tragis.
0 Comments