Encik L
Antara orang yang paling
baik hati den pernah jumpa. En L nih suka sangat-sangat belanja kengkawan makan.
Kalo makan dengan dia, jarang sangat la nak dapat bayaq. Mintak la tolong apa
pun, in sya Allah dia memang akan tolong. Masa den pindah umah dulu pun dia
tolong. Den sokmo tumpang dia pergi dan balik keje. This guy is one in a
million.
Produk
Masa terperangkap dalam jam
nak balik keje sebab ujan lebat.
Den : En L kalo nak kaya
kan kena cipta satu produk yang melambatkan penuaan + memutihkan kulit +
menguruskan badan. Produk tuh sure laku keras. En L sure bley jadi jutawan
nanti.
En L : Saya dah ada formula
untuk produk kurus + putih + awet muda + hati bersih + hati putih takde busuk
hati semua tuh + fikiran positif + sihat cemerlang semua ada la.
Den : Biaq betoi. Produk
apa nih?
En L : Produk kismis jampi…hahahahahaha.
Duit Dalam Bank
Sembang dengan En L beberapa hari selepas
dapat gaji.
Den : Gaji semua dah abis bayaq hutang. Camne
nih En L?
En L : Ha…macam mana kan?
Asyik abis je nih duit kita.
Den : Dah tuh bila kita nak
kaya En L asyik takde duit je.
En L : Rasanya dalam group
wasap kita Group XYZ tuh, siapa yang ada sekurang-kurangnya RM XXX dalam akaun
depa tuh.
Den : Bla…bla…bla…(den
sebut nama semua ahli kumpulan tuh kecuali den, En L dan Cik Y).
En L : Macam betoi tuh.
Maknanya dalam group XYZ tuh, kita bertiga je la yang terpleot dan paling
sengkek ye?
Den : Iya En L.
En L : Tragis sungguh kita
nih kan.
Den kalo tengok movie Jackie Chan mesti teringat kat En L tatau pasai pa |
2 Comments
Assalam
ReplyDeleteEncourage dia utk Peserta Maharaja Lawak. Kot Bintang dia cerah kat ctu.. Segera jer dpt buat duit..
Belanja kawan-kawan dgn belanja org yg kita mmg tak kenal.. Dua situasi yg berbeza tp niat mngkn sama.. Keikhlasan. En L ni kalau buat dua-dua tu.. Mmg dia kawan yg sgt berbaloi. Saya doakan rezeki yg bertambah untuk beliau.
Sesuai jugak En L nih jadi peserta raja lawak tapi dia paling sesuai jadi YB. Sangat-sangat prihatin pada orang dan alam sekitar. He is a rare breed.
Delete