Selamat tahun baru.

Didoakan kita semua sentiasa di bawah rahmat dan lindungan Yang Maha Esa serta memperoleh kebahagian dunia dan akhirat.

Baru berkesempatan nak update blog sebab dok kalut dengan persiapan F masuk darjah 1.

Tatau nak azam tahun baru camne dah sebab azam setiap tahun pun banyak yang terbengkalai di tengah jalan….huhuhuhuhu....

Walo camne pun, masih jugak ada rasa nak berazam….dia nak jugak….haish

Seiring dengan usia yang makin meningkat nih den berazam agar:

1. dapat menjalani hidup dengan lebih ke arah ‘sana’;

2. spend more time with kiddos selagi mana depa nak melekat dengan den;

3. diberi kesempatan untuk memberi manfaat kepada orang di sekeliling den especially keluarga kecik den;

4. lebih berlapang dada dan bermuhasabah diri dengan apa jua kemungkinan yang akan berlaku sepanjang 2017 nih;

5. dapat terus terus mencoret sekupang dua kat blog nih; dan

6. semua perkara dapat dipositifkan akhirnya.

Semoga kita semua baik-baik sahaja dan lebih cemerlang di tahun 2017 nih hendaknya.

0 Comments