First time den makan tema shell out nih.
Kedainya dekat dengan bangunan apartment Naza berhadapan dengan Tesco Shah Alam. Takde signboard kedai ye. Dia pasang banner je. Bley je nak parking dekat kedai dia atau nak berjalan kaki dari parking Tesco tuh kalo rasa nak exercise skit.
Kedai dia memang sempoi k. Lantai simen biasa je. Meja ada dalam 10 buah kalo tak silap. Deco memang terpaling sempoi dok ada.
Den rasa sedap je shell out dia sebab ini kali pertama den makan so tak dapat nak dibandingkan dengan tempat lain. Sedap....boleh ulang makan.
Den amik set yang diwar-warkan kat FB depa tuh iaitu RM13/set (shell out + 1 nasi). Ada je food lain macam ikan siakap kukus, etc tapi tuh rege lain.
Den amik 2 set RM13 tuh + ayaq ice lemon tea + 2 sirap + 1 ayaq kosong + tambahan 1 nasi putih. Jumlahnya RM 35.
|
Lapisan utama dan yang paling banyak iaitu kepah dan siput macam lala/remis tapi besaq |
|
Shell out yang lengkap untuk 2 set tuh. Tengok si budak kecik tuh sibuk je tangan menunjuk nak makan. |
|
Tiba-tiba terasa berseni plak amik gambo camnih hehehehhee |
|
Budak kecik yang paling enjoy makan. Semua udang dia je yang makan. Yang abang plak makan nasi putih dengan jagung je. |
|
The after match |
Kedai nih bukak dari kul 12 tengahari sampai 3 pm (tak pasti plak untuk operasi shell out je ke atau memang sampai kul 3 pm tuh untuk operasi kedai tuh sendiri).
Disebabkan tempat memang tak banyak so kena call atau whatsapp dulu untuk buat tempahan untuk mengelakkan kita beratur tunggu giliran atau tak dapat makan langsung sebab penuh tempahannya.
Bley call 016-2963034 nih untuk buat tempahan ye.
0 Comments