Rogue One : A Star Wars Story
Tertengok ceite nih sebab ceite nih je yang
available masa den berkesempatan tengok wayang di AEON Manjung, Perak. Aktiviti
bebas masa den jadi urusetia bagi bengkel yang dibuat kat Orient Star Lumut
pada 19 - 21 Disember lepas. In sya Allah kalo berkelapangan den akan ceite
pasai nih nanti.
Jalan cerita menarik walopun scene Darth
Vader adalah tak sampai 5 minit dan scene Darth Vader menggunakan pedang
Lightsaber dia tuh tak sampai 2 minit.
Ceitenye melibatkan puak pemberontak
termasuklah anak saintis yang membuat senjata baru, Death Star iaitu Jyn Erso
menggembleng tenaga bersama beberapa orang pemberontak lain untuk mendapatkan
blue print Death Star tuh distudy kat mana kelemahannya sebagaimana dibagitau
oleh bapa Jyn Erso sebelum dia meninggai. Kemudiannya depa akan guna kelemahan
nih untuk musnahkan Death Star tuh.
Aksi-aksi biasa yang kita bleh jumpa dalam
movies Star Wars terdahulu macam tembak-menembak antara space ships, pilot
kapal terbang yang sempat dipokoskan sebelum kapalnya meletup sebab kena tembak
atau terhempas, etc.
Standard Star Wars movie.
Cuma den paling suka tengok scenes yang
melibatkan Donnie Yen (Chirrut Imwe) dan Jiang Weng (Baze Malbus) sebab
terserlah depa tuh BFF dan aksi bromance nye memang agak klako.
Chirrut cakap kat Baze:
“I don't need luck, I have you.
Look for the force and you will always find
me.
The force is with me and I am one with the
force.”
Bagi peminat tegar Star Wars, memang wajib la
kan tengok cerita nih.
Bagi den yang old skool nih, ceite Star Wars
yang terbaik tetap yang the first trilogy terutamanya Return of the Jedi.
0 Comments