Disebabkan tahap kesibukan mengalahkan Gaban, memang la ceite pasai sebulan lepas baru tergedik-gedik nak update sekarang.

Den datang restoran nih dalam kul 9 am konon-konon nak breakfast tapi restorannya mula operasi kul 11 am. So den pergi la merayau-rayau kat Pasar Payang dan Pantai Batu Burok dulu sebelum datang semula kat restoran nih dalam pukoi 2 pm camtuh.

Restoran nih terletak kat tepi jalan besar sebelah kiri dari Kuala Terengganu ke Marang.

Den makan lempeng kelapa (the only type of lempeng yang ada pun) dan ketupat sotong.

Sedap lempeng tuh dimakan panas-panas cicah kari. Kelapanya tuh memang ada seurat-seurat dalam kelapa tuh.
Lempeng kelapa yang diperkatakan tuh

Ketupat sotong pun sedap. Tak sempat amik gambo.

Lauk-pauk makan tengahari pun boleh tahan rasanya.

Ada jugak jual keropok, dodoi, etc.

As usual, bila dok kalut bersilat dengan budak-budak memang la tak dapat nak amik gambo ape pun.

Boleh singgah makan lagi di sini kalo terdatang Kuala Terengganu bila ada rejki.

Kat sini ada disediakan rumah tumpangan lempeng kot-kot ada yang berminat nak menginap kat sini.
bilik tumpangan lempeng namanya

0 Comments