Memang jauh ke dalam jalannya nak menyampai ke tempat nih.

Kitaorang sampai dalam pukoi 12.30 tengahari. Takde bayaran untuk tiket dikenakan untuk masuk ke sini cuma kita boleh memberi sumbangan seikhlas hati untuk pemuliharaan gajah nih. Kita akan diminta untuk mengisi details untuk pendaftaran pelawat.

Lepas tuh terpulang kat kita nak tengok gajah daripada pukoi berapa sampai la tempat nih tutup.

Ada disediakan jadual kat sini macam tayangan video, sesi tengok anak gajah, sesi tengok gajah, sesi mandi bersama anak gajah, etc tapi masa kitaorang datang tuh takde sesi mandi bersama anak gajah sebab air sungai tinggi….mungkin isu keselamatan takut terhanyut arus, terlemas ke la kot gamaknya.

Kawasan nih luas jugak. Jenuh nak berjalan. Landskap dia serious chantek.
Spot untuk mandi bersama anak gajah kalo cuaca, etc mengijinkan

Di samping kawasan yang dikhaskan untuk pelawat memberi makan gajah dan menengok gajah, ada kawasan untuk mandi bersama anak gajah, ada taman herba, ada jumbo café dan bangunan yang diletakkan barang pameran berkaitan gajah dan bilik-bilik tayangan video. Ada taman permainan lagi.

Disebabkan budak-budak nih bukannya boleh nak menunggu lama untuk satu-satu benda sebab depa sangat suka bergelinjangan maka kitaorang hanya sempat tengok 4,5 ekor anak gajah dan baca info sekupang dua kat bilik pameran.

Ada dijual tebu dan pisang untuk dibagi makan pada gajah. Seikat tebu RM2. Tapi biasa la budak-budak nih. Mula-mula macam berani. Sudahnya mama jugak la yang bagi gajah-gajah tuh makan tebu.
Mama pun acah berani je nak bagi anak gajah makan sebenaqnye
Gerai menjuai jajans dan ayaq untuk budak-budak dan tebu, pisang untuk diberi pada gajah
Kawasan gajah dewasa kalo tak silap
Memupuk nilai konservasi di peringkat rebung gittew

Macam kena datang lagi nanti bila si A dah besaq skit untuk kita joint aktiviti mandi bersama anak gajah dan tengok video pasal pemeliharaan dan pemuliharaan gajah.
Baca the do and dont's kat sini
The best photo of us. Camnih la kalo bergambo dengan budak-budak yang suka bergelinjangan.
Antara info yang ada kat ruang pameran
Chantek kan decoration kat sini

Tempat yang sesuai untuk mendedahkan budak-budak kepentingan memelihara dan memulihara hidupan liar macam gajah nih. Tak dapat banyak sekurang-kurangnya depa paham skit pasai pa kena jaga gajah supaya tak pupus.

0 Comments