Tempat shopping ala-ala Pasar Siti Khatijah kat Kota Bharu.

Tingkat bawah juai segala jenis makanan keropok leko, keropok kering, serunding, jajans, etc termasuklah teloq penyu.

#walopun dah banyak kempen kot dibuat pasai jangan beli teloq penyu tapi disebabkan masih dijual. Selagi ada demand selagi tuh la akan ada dijual teloq penyu nih.

Tingkat atas adalah tempat shopping tekstil. Kain sutera, kain batik, songket, baju budak, periuk belanga, cenderamata macam keychains, fridge magnets, etc. Memang kena bargain harga. Memang banyak sangat pilihan sampai rambang mata cuma sediakan aje la duitnye.

Disebabkan den memang tak pernah minat kain batik sutera ke ape daripada dulu-dulu kala sebab payah nak gosok, nak kena dry clean bagai, den takde la rasa macam nak bershopping sakan kat sini.

Den cuma beli 2 pasang kain batik digital. RM50/pasang.

Mencuci mata jugak tengok kedai-kedai emas yang ada kat sini tapi harga macam rege kedai emas di Banting dan Ole-Ole Seksyen 18.
Sakan mencekup jajans
Textile heaven

Yang den nak pesan kalo mai kat Pasar Payang nih sila la parking kete kat parking bertingkat yang disediakan sebab sekali masuk baru RM 3 eh ke 1 jam RM 3, den pun dah terlupa.

Jangan sekali-kali parking kat tepi jalan kalo yang memang takde kotak parking. Memang la mengundang nak disaman dek Majlis Perbandaran kalo nasib tak baik.

Parking bertingkat tuh memang ada lif. So takde la kena berjalan jauh pun kalo parking kat situ nak ke kedai-kedai kat Pasar Payang tuh.

Untuk orang yang tak minat sangat shopping kain batik and the gang tuh + bawak plak budak-budak yang dok bergelinjangan, 1 jam pun dah cukup berfoya-foya kat sini.

0 Comments