Lepas beli keropok leko, kitaorang teruih
gerak ke sini. Dalam pukoi 330 pm jugak la kitaorang gerak dari Kuala
Terengganu tuh. By the time sampai kat mini zoo nih, dah almost 6 pm. Zoo nih
ditutup pukoi 7 pm. Mujoq la sempat sampai sebelum pintu masuk ditutup.
Free entry dan free parking.
Walopun kawasan zoo nih comei je kawasan dia
tapi jenuh jugak oii nak berjalan. Lagi-lagi masa nak naik tangga tengok
binatang-binatang yang dok ada.
|
Penat ooo naik tangga nih |
|
Kawasan parking yang agak luas |
Ada binturong, orang utan, beruang, seladang,
lembu, pelanduk, burung unta, ulaq, monyet, iguana, buaya dan burung kat zoo
nih. Untuk zoo yang masuk free nih, bagi den dah cukup banyak dah la binatang
yang ada nih sebab kos pemeliharaan dan pemuliharaan binatang nih bukan murah
kot. Dengan makanan depa, kos doctor haiwan, etc.
|
Antara papan info yang ada |
|
Beruang matahari kalo tak silap |
|
Seladang |
|
Pokos tengok rusa |
|
Ada petting zoo untuk arnab tapi budak-budak nih tamau masuk. RM5/sorang kalo tak silap |
|
Nampak tak boya kat ujung atas kanan |
|
Kita zoom skit. Mula-mula ingat ada 2 ekoq je. Bila tengok betoi-betoi kat kolam nih ada dalam 7,8 ekoq boya. Memang pandai betoi depa camouflage |
Ada jugak kawasan lapang kat mana ada macam
mini stadium. Kat sini boleh bayaq RM 6 ke RM 10 yek (dah terlupa) untuk naik
kuda 2 rounds. Nak berehat-rehat berpiknik kat kawasan lapang nih pun bley je
kot rasanye. Sebelah mini zoo nih ada taman permainan untuk budak-budak. Ada
stalls juai makanan dan minuman ringan.
|
Mungkin ada ikan dalam kolam nih tapi tak nampak sebab ayaq kolam keruh |
|
Orang utan dok bergayut dari satu port ke satu port kat sini |
Budak-budak memang happy la dapat tengok
binatang. Si F siap naik kuda kat sini. Minat sungguh dia naik kuda. Dah 3 kali
dia naik kuda berjalan kali nih (kat pantai Tok Jembal dan kat pantai Batu
Burok kat Kuala Terengganu serta kat sini). Si A memang tatau pasai pa takut
nak naik kuda nih padahal kalo nak ikut dia lagi adventure daripada abang dia.
|
Suka dia nih dapat naik kuda |
Kalo
datang ke Kuantan, bley bawa budak-budak tengok binatang kat mini zoo nih sebab
ianya percuma dan memang agak best jugak. Kena gigit nyamuk sekupang dua tuh
dah adat la sebab banyak pokok, etc.
2 Comments
Best pula baca pengalaman pergi ke zoo ni...sekarang dah siap ada Dinosaur lagi...haha
ReplyDeleteMacam nak kena ulang pergi sebab hendak tengok dinosaurs lagi-lagi budak-budak ni memang peminat dinosaurs. Minta maaf lambat reply. Tidak perasan komennya
Delete