Hotel Sentral Kuantan, Pahang
Antara hotel budget yang awesome yang den
pernah duduk cumanya jangan parking depan hotel bawah pokok sebab nanti kereta
memang penuh dengan taik burung. Bley parking kat depan hotel di kawasan yang
kurang pokok atau parking di belakang hotel.
Hotel nih kat tepi jalan je dan di belakang
hotel ada Sungai Kuantan. Hotel nih tak guna konsep pembangunan mengadap sungai
nih. Berdekatan hotel nih ada kedai makan mamak, melayu, kedai serbaneka, etc.
Masa check in tuh, staff yang bertugas, a
Chinese guy sangat bersopan santun dan offer untuk simpan keropok leko yang
kitaorang dah beli sebeban kat dalam freezer hotel tapi disebabkan muat je
semua keropok tuh dalam peti ais kecik yang disediakan dalam bilik, kitaorang
tak jadi la simpan keropok leko kat dalam freezer hotel.
Hotel nih macam hotel baru. Kitaorang dapat
bilik yang pemandangannya Sungai Kuantan.
View dari bilik kitaorang |
Bilik hotel pun best dan cozy. Katil dan
bantal empuk je. Ruang bilik agak besaq budak-budak sakan dok berlari. Bilik
ayaq pun comei.
Kalo nak buat keje kat laptop ke memang
disediakan ruang khas kat meja make up tuh. Sajak je untuk buat keje kat situ.
2 ekoq penyu ikut kitaorang dari Pasar Payang |
Den bayaq RM 124/malam + breakfast untuk 2
orang. Cuma tambah RM 10 untuk breakfast F. Walopun buffet spread dia sederhana
tapi memang sesuai la dengan rege yang dibayaq pun. Ada roti bakaq, cereals,
bubur nasi, nasi lemak, mee goreng, fruits, ayaq juice dan kopi/teh.
Entrance ke restoran |
Kalo dapat cereals, dia dah bertenang mengkodek cereal dalam susu sampai lembik tapi kita bley la bertenang skit makan |
Den rasa berbaloi la bayaq rege camtuh dengan
bilik hotel yang luas + selesa + siap breakfast lagi.
Kalo terdatang Kuantan bley la menginap lagi
kat hotel nih. Kuantan River Front 5 minit je berjalan kaki dari hotel nih tapi
den tak sempat pun jalan-jalan kat sini kat sebab budak-budak nih dah mengamuk
nak tidoq. Terkilan plak hati sebab bukan selalu mai sini pun.
0 Comments