Terkono Den
Disebabkan den and the gang ada mesyuarat kul
9 am senin 29 Nov kat JPS Perak, kitaorang pun tido satu malam ahad tuh 28 Nov
kat Ipoh.
Den memang percaya kat anak-anak buah den dan
ikut depa la pilih hotel yang mana yang dekat dengan JPS Perak dan rege bilik
hotel ikut kelayakan kitaorang.
Bila anak buah cakap kitaorang akan duduk kat
hotel Ritz Hotel, den tengok la gambo hotel tuh sekupang dua kat internet.
Nampak macam kachaks. Bila anak buah kata rate 1 malam adalah RM 138 siap breakfast,
den adalah agak terkujat sebab macam murah la jugak.
Bila nak sampai kat parking hotel tuh, den
cakap kat anak-anak buah den ‘pasai pa kita lalu kat lorong belakang nih’ coz
macam agak ngeri skit laluannya tuh. Dari parking nak ke lobby pun ada terasa
cam pelik-pelik skit tapi once tengok lobi hotel macam chantek la jugaknya. So
rasa okay je la.
Bila masuk bilik hotel rasa cam okay sebab
bilik nampak selesa macam hotel yang den pernah duduk sebelum nih.
Dah alang-alang sampai Ipoh tanpa family nih
moh la kita jumpa kawan lama kalo dia terfree kan. So ada rejki jumpa kawan
lama. Dalam 10 pm dia fetch den.
The first thing my friend tanya masa den
masuk dalam kete dia:
Friend : Pasai pa ofis you pilih hotel ni? You
datang nih untuk urusan rasmi kan?
Den : Haah kan I dah cakap I ada mesyuarat
esok. Kenapa dengan hotel nih? (dalam hati risau la kan kot-kot hotel nih
terkenal dengan lagenda momok ke ape. Dah la den tidoq sorang-sorang kot kat
dalam bilik hotel yang ada 2 katil single tuh).
Friend : You tau tak nih hotel apa?
Hahhahahaha….(gelak keji macam penjahat tuh k).
Den : Pasai pa wei dengan hotel nih? (Hati
memang la nak meletop sebab risau pasai momok).
Friend : Area nih kawasan sisi gelap Ipoh k.
Kawasan nih port pondan dan pelacuran. Hotel yang you duduk tuh salah satu port
depa kot.
Den : You biaq betoi. (Tiba-tiba teringat
makwe yang sangat seksi yang naik lif dengan den dan anak-anak buah den lepas
kitaorang check in tadi dalam 730 pm).
Friend : Nanti I anto you balik lepas kita
minum-minum you bley tengok ada bapak dan mak ayam serta anak-anak ayam
bersidai kat area hotel you.
Lepas minum dan bergosipan mengenang kisah
kengkawan lama zaman 24 tahun lepas (serious dah tua wei den nih), member den
pun anto den balik ke hotel.
Memang betoi kata kawan den tuh, serious
ramai ayams gebu gebas berskirt pendek dan berbaju yang menampakkan cleavage
duduk melepak kat pintu masuk dank at lobi hotel tuh k. Penaung depa (mak dan
bapak ayam) dok melepak kat kerusi di sebelah jalan berhadapan hotel tuh.
Kitaorang lepak jap dalam kete member den
sebab den terkesima kejap tengok ramai ayams dok bersidai.
Nampak la ada beberapa orang dok
bersembang-sembang dengan penaung ayams tuh. Memang ada orang Melayu la.
Lepas puas kena gelak dengan member den sebab
den duduk hotel yang jadi port aktiviti yang tidak senonoh nih, den pun balik
la ke bilik hotel.
Masa den lalu kat pintu masuk lobi dan lalu
di lobi, kebanyakan ayams yang memang semuanya seksi tuh pandang den semacam
sebab mungkin depa musykil pasai pa minah pakai tudung nih ada kat hotel nih.
Adakah ayam versi baru (bertudung tapi ayam jugak) yang nak mengacau ganggu
kawasan depa atau pasai pa dalam banyak-banyak hotel kat Ipoh nih, den bley
pilih duduk hotel nih.
Masuk je bilik hotel, den terus wasap
anak-anak buah den ceite apa yang berlaku. Rupanya depa pun terkujat macam den
jugak tak sangka terduduk hotel camnih.
So tuh je la pun ceitenye hehhehhheehe.
2 Comments
HahahhahhaA..
ReplyDeleteAdoyaiii.. Sekeh sikit anak buah hang tuh.
Tak sabar nak baca komen hang ttg Fantastic Beast.
Cpt la komen sikit.
Ha....anak-anak buah tuh memang patut ditabuh skit. Den dah komen ye pasai Fantastic Beast tuh
Delete