Dari tol PD, dalam 30 minit perjalanan untuk sampai ke sini, melepasi Telok Kemang, menghala ke Tanjung Tuan, sebelum Eagle Ranch. Tempat nih sebelah kiri kita kalo kita mai dari tol PD. Bukan sebelah pantai.

Rupa-rupanya Primaland nih adalah Tiara Beach Resort yang telah ditukar pengurusannya.
Check in kat sini

Kitaorang check in pada kul 2 pm. Dibenarkan masuk ke bilik tapi kena sign kat cop yang kata setuju nak masuk bilik walopun mungkin belum dikemas. Lobinya kemas dan ruang sederhana besar. Ada aquarium kat situ. Sementara tunggu kitaorang nak check in, budak-budak dok layan tengok ikan-ikan kat aquarium tuh.
Semua benda depa teruja

Lepas check in, pi amik wristband untuk masuk ke taman tema. Dia bagi 2 jenis wristband. 1 untuk mandi pada hari kita check in dari 3 pm - 7 pm. Lagi satu untuk mandi sebelum kita check out dari 8 am - 12 pm.

Alhamdulillah rejki kami dapat bilik yang dah dikemas cuma takde tuala. Dikabarkan tuala akan dihantar pada 6 petang.

Bangunan apartment nih dah agak lama rasanya tapi masih okay. Parking memang banyak kat bawah apartment nih.

Bilik dia kemas dan bersih. Ada 2 katil queen. Memang selesa nak tidoq untuk 4 beranak.
Kalo pi mana-mana hotel, tepon memang la perlu diputuskan daripada taliannya sebab ni la. Masuk je bilik telepon tuh yang dituju dulu. Anak-anak den memang jakun sebab depa lahir zaman handphone.

Perabot kayu semua. Ada disediakan 2 botol air minuman, ada cerek dan cawan, tv ada channel yang biasa, etc.

Bilik air standard.
 

Lepas siap letak barang, kitaorang bawa kiddos mandi kat taman tema dia (acara yang paling ditunggu-tunggu oleh budak-budak). Daripada apartment kitaorang kat Blok A, menapak dalam 5 - 7 minit untuk sampai ke taman tema.
Happy sangat nih dua-dua ketoi nih
 

Depa terpaling happy dapat bergelinjangan, berendam dan acah berenang kat sini.

Den dan buong la yang tak lalu nak melayan si A naik tangga turun gelongsor. F tuh dah besaq skit so dia dah bley main sendiri. Tuh pun nak kena perati sebab takut terlemas ke terjatuh ke apa.

Ada 2 bahagian taman tema untuk budak-budak. Memang agak menarik sebab gelongsor ada lebih daripada 7. Ada air setakat paras betis orang dewasa dan paling dalam paras peha orang dewasa. Kalo budak-budak bawah 2 tahun main kat air paras betis tuh, in sya Allah tak tenggelam.

Kolam untuk orang dewasa hanya ada 2 gelongsor tapi kolamnya memang besar. Kat situ je la tempat untuk orang dewasa berjimbaan. Mostly yang datang tuh memang la bawa anak-anak.
Sini la best skit orang dewasa nak mandi
Dekat kolam besaq nih ada bahagian yang ada pasir pantai. Kalo memang tak rancang nak bawa budak-budak pi main pasiaq kat pantai PD, bley je la main pasiaq kat sini.


Mana-mana taman tema pun den rasa yang paling penting adalah maintenance nye. Ada bahagian gelongsor yang dah tak even sambungannya, ada bahagian tepi gelongsor dan tiles yang lekang (tercabut). Kena diperbaiki takut-takut ada kecederaan esok-esok kalo nasib tak baik.

Tapi budak-budak main memang puas hati. Mak pak pun tak risau sangat sebab ayaq tak dalam dan kita boleh perati budak-budak tuh walopun duduk kat tepi kolam sebab kawasan dia tak besaq mana untuk kiddos nih.
Panjang dah anak bujang den sorang nih
Sakan si A dok main ayaq

Tapi tau la budak-budak kan. Sat nih dia pi naik gelongsor A. Sat nih dia pi naik gelongsor E. Kita takut depa terplecok atau tergelincir masa naik tangga tuh je.

Budak-budak dok bergelinjangan kat taman tema tuh dari kul 230 pm sampai la 630 pm. Depa steady je main sampai kecut-kecut badan semua. Kita yang tak lalu nak melayan depa naik turun tangga tuh.

Malam tuh semua tidoq pengsan coz penat sangat. Kaki den dan buong lengoh gila kot malam tuh….nampak sangat tidak bersenam.

Esok pagi lepas breakfast tuh budak-budak mandi lagi sebelum check out at 12 pm.

Breakfast dia biasa je. Ada dua menu utama iaitu nasi goreng dan mee goreng. Yang lain ada bubur, pau, sosej, kentang, baked beans dan fruits.

Tapi den still rasa berbaloi bawa budak-budak ke sini sebab den beli voucher. RM 170 untuk hari biasa untuk penginapan 1 malam + 4 tiket water park + breakfast untuk 2 orang. Kalo ikut rege biasa, tiket water park untuk 2 sessions bagi adult dah RM 40/orang dan kanak-kanak 2-12 tahun RM 25/orang untuk hari biasa. Kalo tak beli voucher, tiket water park untuk kitaorang 4 beranak dah RM 130. Kalo beli voucher tiket water park dari hotel pun, harganya still jadi tak murah daripada rege RM170 voucher yang den beli tuh.

Untuk orang Selangor yang dah boring bawa family pergi taman tema di Gold Coast Morib, bley la bawa anak-anak ke sini plak.

p/s Nanti den ceite mana nak beli voucher tuh kot-kot ada orang minat yek.

0 Comments