Muzium Tentera Darat Port Dickson
Walopun dah lama jugak muzium nih wujud iaitu
pada tahun 2005 dan den akan melaluinya setiap kali balik kampong masa
Allahyarham atok ada, tak pernah ada rasa nak datang ke sini. Setakat singgah
amik gambo dengan kapal terbang sekupang dua pernah la sekali. Den memang la
tak berminat sangat nak melawat muzium coz tak bertemakan berjimbaan kot.
Muzium adalah tempat yang ilmiah gittew pada den.
Ahad lepas memang den nak bawa budak-budak
nih pegi muzium tuh dengan tujuan nak bagi depa tengok kapal terbang perang.
Kalo datang dari pantai Batu 4 tuh , dalam 10
minit sampai la ke sini. Kalo ikut highway PD - Seremban tuh, lepas tol PD ada
la dalam 20 minit nak sampai sini. Terletak di tepi jalan berdekatan markas
tentera dan kuarters depa.
Parking yang betoi-betoi dalam kawasan muzium
nih tak banyak. Dalam 30 biji kereta muat la rasanya. Tapi parking jauh skit dekat
dengan tempat latihan kawat tuh macam banyak skit tapi jenuh nak menapak la
skit.
Masuk muzium nih free. Cuma disediakan tabung
untuk kita memberi sumbangan. Tapi kalo tanya den, okay je la kot dikenakan caj
dewasa RM 2 dan kanak-kanak RM 1 setiap kali masuk sebab den rasa kita kena
sama-sama menyumbang untuk memelihara khazanah Negara tapi tuh pendapat den je
la. Banyak kot bajet yang perlu untuk memelihara dan memulihara muzium nih.
Kat perkarangan bangunan muzium nih ada
keretapi, kapal terbang, helicopter, kereta kebal, kereta dan trak tentera, tugu
peringatan dengan nama anggota tentera, etc yang kita memang boleh bergambar
kat situ. Tapi disebabkan kitaorang sampai pukoi 1230 tengahari, memang la dok
panaih lit-lit masa dok amik gambo kat situ. Sudahnye sekupang je la gambaq
kami kat sini sebab tak tahan duduk kat panaih lama-lama.
Tugu peringatan dengan nama anggota tentera |
Menyorok bawah kapal terbang sebab panas sangat |
Takde tulis jangan duduk ke ape. So budak-budak nih naik la jeep nih. |
Dah tak lalu menempuh panas, kitaorang pun
masuk dalam muzium.
Ada 2 bangunan muzium yang menempatkan
pelbagai peralatan berkaitan tentera darat.
Salah satu bangunan muzium |
Ada banyak pintu ke ruang pameran berdasarkan
era. Ada 13 pintu kalo tak silap. Ada era Kesultanan Melayu Melaka, era
Penubuhan Askar Melayu, era Pra Kemerdekaan (pintu 10), Era Kemerdekaan (Pintu
11) Sumbangan Tentera Darat (pintu 13), Tentera Darat Hari Ini, etc.
Kotak sumbangan. Patut letak kotak sumbangan kat setiap pintu dan era. |
Disebabkan kitaorang tak masuk ikut sequence
pintu, memang ada la ruang pameran yang kitaorang tak terlawat pun. Tragis
sungguh. Patutnya lawat je la semua kan coz bukan datang selalu.
Budak-budak besaq-besaq anak-anak den tuh
memang la tak minat nak masuk tempat cam muzium nih sebab depa tak bley main
apa pun dan tak dapat bergelinjangan sesuka hati kan. Depa dok sakan bergerak
ke hulu ke hilir je la kejenye sambil si F dok tanya ‘bila nak main pasir nih
mama’. Begitu la akibatnya kalo bagitau rancangan awai-awai kat dia nih. Selagi
tak sampai kat situ selagi tuh la dia dok tanya.
Lama depa dok tengok rimau nih |
Sepanjang almost 1 jam kitaorang kat sini,
den memang tak sempat nak baca apa sangat coz dok kalut dengan budak-budak nih
especially si A tuh ha. Dalam dok perati tuh sempat gak la si A jatuh tangga
sekupang (mujoq kepala or mata tak kena bucu tangga tuh) + dia terlanggar
cermin salah satu pameran tuh (dia ingat takde cermin tuh, dia sakan dok jalan
laju…tiba-tiba dengaq gedegang…lepas tuh tengok dia dah tergolek depan cermin
tuh).
Mujoq sangat kebanyakan bahan pameran memang
depa letak dalam bekas tertutup. Kalo tak jenuh nak pedo supaya budak-budak nih
tak cuit sana sini.
Mana-mana penerangan yang den rasa macam
menarik den snap la gambonye untuk dibaca kengdian hari yang ntah bila la tuh.
Tak sangka menarik jugak muzium nih k. Memang
disediakan fakta bagi setiap peristiwa yang berlaku macam battalion tentera
yang pertama, zaman komunis, perjanjian pangkor, etc. Serious terasa macam belajar
sejarah masa sekolah menengah dolu-dolu tapi dalam versi menarik sebab ada
patung yang tengah sign agreement, replika kapal, etc.
Lepas jatuh tangga baru la bagi didukung kejap. Lepas tuh berlari langgo cermin plak. |
Patung Tok Janggut and the gang |
Perjanjian Pangkor |
Dipamerkan juga patung dan informasi tentang
pahlawan yang menentang penjajah macam Tok Janggut, Mat Salleh, etc.
Ada jugak barang-barang yang digunakan masa
perang macam peluru berpandu, enjin kereta kebal, enjin kapal terbang (jenama
Mitsubishi), telefon, teropong, mesin taip, etc.
Ada juga tengkorak kepala gajah.
Tengkorak gajah yang dijadikan peti surat rahsia |
Banyak sungguh info. Antara lalu tak lalu nak membacanye je. |
Antara contoh pingat kebesaran untuk tentera |
Ada mural tentang kejadian perang. Ada
tentera yang digantung kepala ke bawah dan isi perut terburai. Jenuh jugak nak
menerangkan kat si F kenapa begitu keadaannya.
Serious menarik muzium nih k.
Ikut kiraan den, kalo nak masuk setiap pintu
yang dok ada dan membaca setiap coretan yang dok ada + tengok video yang
ditayangkan + berposing ria bergambo di tempat-tempat yang kita berkenan,
paling kurang kena spend 3 jam solid kat sini.
Esok-esok bila budak-budak dah besaq skit
atau bila depa dah pi masuk asrama, den nak datang berdua dengan buong nak baca
setiap coretan yang ada kat muzium nih. In sya Allah.
Pengalaman menarik jugak bila dapat melalui
terowong Parti Komunis Malaya kat sini. Walopun tak sesempit mana terowong nih,
gedebuk gedebak jugak la hati bila masuk terowong nih.
Pintu masuk terowong |
Dalam terowong pun ada info, ada bilik mesyuarat, bilik bedah, etc. |
Pintu keluar terowong nih betoi-betoi depan café.
So bley la menjamu selera kat sini sambil tengok souvenir yang dijual macam
baju, seluar, topi bertemakan celoreng tentera dan termasuklah juga mainan yang
boleh merabakkan poket ibu bapa.
Dah keluar dari terowong |
The only souvenir yang kitaorang beli. |
Sapa-sapa mai PD bley la kot singgah kat
muzium nih. In sya Allah berbaloi.
Waktu operasi setiap Rabu - Ahad 10 am - 5 pm.
Senin dan selasa tutup ye. Untuk maklumat lanjut bley tengok website depa k http://army.mod.gov.my/muziumtd/index.php
0 Comments