Progress
Alhamdulillah sejak Ogos lepas den ada rejki
berzumba secara berterusan. Paling terpleot memang 1 kali seminggu. Paling
cemerlang 3 kali seminggu (tapi nih memang la baru dapat buat 2 kali sepanjang
almost 2 bulan lebih nih).
Perasaan malas nak pergi kelas zumba tuh
sentiasa ada je lagi-lagi kalo dah lama sangat berehat. Setiap kali nak pergi
kelas zumba memang ada rasa ‘ala…..kenapa kena pergi bersenam nih…kalo den just
lepak kat umah tengok tv atau main candy crush, etc kan lagi best’. Memang
bukan perasaan yang mengujakan macam nak pergi berjimbaan k.
Tapi dalam dok terpleot here and there, den
berjaya jugak la pergi zumba tuh hehhhehehheeh. Untuk orang yang bersenam
sekali 20 tahun lepas, its quite an achievement kot.
Kelas zumba selasa petang adalah paling ngeri
sebab bukannye fully zumba tapi lebih pada bersenam siap dengan dumbbell bagai.
Kena squat la, stretching la, etc memang mendera k. Memang rasa macam nak pitam
dan give up masa tuh jugak. Serious ngeri sebab lepas kelas tuh, nak turun
tangga pun rasa nak tergolek. Rasa sengal-sengal kat kaki sampai 2 hari la.
Walopun den masih pergi zumba seorang diri
den okay je. Yang penting dapat bersenam.
Setakat nih, masih bertahan naik tangga dari
LG ke tingkat 13 setiap pagi masa nak punch in. Baru seminggu je kot buat nih.
Belagak dan poyo sungguh den nih mihmihmihmih. Tapi den tak kisah. Den tetap
nak rasa happy jugak sebab berjaya naik tangga nih hehehhehehe.
Bab bersenam sekupang dua tuh walopun
melembap tapi dah ada progress positif bagi pendapat den. Slow and steady
camtuh la harapnya.
Problem utama yang dikenalpasti yang menjadi
dalang kepada perencatan agenda nak menurunkan berat badan adalah the love of
the food atau dengan lebih tepat lagi kecintaan den terhadap makanan berlemak
dengan sangat bersungguh-sungguh.
Itu la masalah yang sangat krtikal sekali.
I seriously miserably failed to control the
food intake. Haish….
Berat den daripada 67 kg naik balik 69 kg
padahai nak turunkan 2 kg tuh jenuh kot jaga makan almost sebulan.
So iye memang sangat ngeri k tengok berat
sendiri tuh.
So tengah cari kekuatan untuk mula makan
secara sihat buat sekian kalinya nih.
Harap-harapnya berjaya la mengurangkan makan
nih. Haish…..
0 Comments