Setakat 4 hari berturut-turut den naik tangga dari LG ke tingkat 13 untuk punch in, den sempat membuat pemerhatian yang takde la penting pun tapi saje nak ceite.

Tingkat 2 - bunyi compressor air cond adalah terpaling kuat berbanding di tangga lain di sepanjang 13 tingkat tuh.

Tingkat 5 - nombor display tingkat 5 takde. Tingkat paling comot dengan pasu kosong yang dijadikan tempat abu rokok, ada penyapu tersandar kat situ, kesan putung rokok dicucuh dekat tangga-tangga.

Tingkat 8 - ada tin biskut yang dijadikan tempat buang abu rokok. So kena tahan napas extra skit kat tingkat nih coz bau rokok tuh kuat gila.

Tingkat 10 - ada sepasu pokok yang telah mati (memang kering kontang). Dijadikan tempat buang putung rokok dengan jayanya.

Tingkat 11 - paling comot dengan kesan putung rokok dicucuh dekat tangga-tangga.

Kesimpulannya, hampir 100% kawasan tangga dari tingkat 1 - 13 dijadikan port untuk membakar paru-paru dengan jayanya.

Den memang ada bertembung dengan beberapa orang mamats yang dok merokok di beberapa tingkat.

Den jugak ada bertembung dengan mamats yang breakfast kat tangga tuh (dia makan kuih dan ada tapau ayaq).

Penat naik tangga tuh dah tentu la kan. Kena paksa diri untuk bersenam kalo nak buat. Yang tak tahan tuh nak kena tahan napas bila lalu kat tangga-tangga yang banyak sangat bau stain rokok tuh. Haish….

0 Comments