Senin baru-baru nih disebabkan 2 lif kat opis rosak dan 1 lif telah tersangkut dengan orang ramai di dalamnya beserta berenyut-renyut orang dok berkumpul kat LG masing-masing nak kejar punch card, den pun mengambil langkah drastic dengan menaiki tangga untuk ke tingkat 13 walopun den posa dan pakai kasut wedge yang heel nya 2.5 inci tuh.

Untuk orang yang biasa pakai heel apa la sangat heel takat tuh kan tapi untuk den yang memang pakai kasut flat je ni, heel camtuh dah kira tinggi abis dah.

Den amik masa lebih kurang 15 minit untuk naik tangga dari LG ke tingkat 13 tuh. Den punch in at 812 am. Tapi memang la penat macam nak pengsan siap berpeluh-peluh macam berzumba k.

So den saja la menggedik berangan nak naik tangga setiap hari untuk punch in ala-ala konon-konon nak bersenam di pagi hari.

Alhamdulillah den berjaya naik tangga selama 4 hari berturut-turut setiap pagi datang keje. Rekod masa terbaik den (hahhhahaaha….poyo sangat nih) adalah 7 minit.

Tapi memang la bila sampai kat tingkat 13 tuh adalah sangat mengah. Memang berpeluh ketiak. Kalo sapa pakai make up harus la cayaq jugak.

Kita tengok je la setakat mana den lalu nak naik tangga nih muhahahaha.

p/s ada sorang abang penguatkuasa nih ceite sebulan sebelum dia pergi buat umrah dia memang naik tangga dari tingkat LG ke tingkat 13 setiap hari selama sebulan. Alhamdulillah masa dia buat umrah, dia rasa energetic katanya coz dah bersenam skit-skit.

0 Comments