Opis den ada anjurkan bengkel 2 hari 1 malam kat sini. 

Den tak bajet resort nih chantek k sebab nko tau je la peruntukan gomen semua dah dipotong sejak lama, even sebelum pembentangan bajet 2017. So kalo kena buat bengkel/seminar/kursus, etc selalunya hotel atau resort yang dapat dipilih biasanya asal boleh sebab dah bajetnye ciput kan. 

Tapi tetap kena bersyukur ye sebab dapat pi tidoq kat hotel tanpa keluaq duit sekupang pun tapi dengan mengeluarkan idea bernas meletops demi kepentingan sumber air dan alam sekitar demi kelangsungan perkhidmatan kepada rakyat negeri Selangor.....ha....tu dia...ayat gomen dah keluaq.

By the way, resort nih seriously surprisingly sangat la chantek k.

Lobi luas, disediakan sofa kat ruang menunggu dan disediakan paper Berita Harian dan NST yang kita boleh amik papernya dan bawak balik ke bilik.
Bilik penginapan ala resort yang sangat menghijau dan sangat tenang k. Laluan dari reception area ke bilik-bilik memang sangat menarik....macam morning or evening walk in the garden gittew. Den suka sangat.
Pelan kawasan. Kalo nak bilik ngadap swimming pool, kena la pilih bilik di blok C, D, F, G, H, J dan K
Bilik memang lapang. Disediakan satu katil queen dan satu katil single. Shower dan toilet diasingkan. Sinki untuk gosok gigi pun kat another area. Katil best sangat. Cuma bantal dia macam memek skit. Kena guna dua bantal baru sedap nak baring.
Gambaq katil sampai 2x sebab katil dia best
Ada fridge, 2 botol complimentary drinking water, cerek, sabun, etc yang biasa kita jumpa kat hotel lain la.
 Ada disediakan sejadah.

Yang paling special disediakan jugak buku ilmiah untuk bacaan kita. Tapi biasa la kan den nih ha, kalo dah ada movie kat tv walopun movie tuh dibuat tahun 1990, harus la melekat tengok tv daripada baca buku tuh tapi den sempat la baca tajuk-tajuk yang ada dalam buku tuh.
Tak baca satu muka surat pun. Haish...

Ada dua swimming pool tapi den tak sempat mandi coz tak tergamak nak tinggalkan katil yang empuk tuh sambil tengok movie. Termenyesal plak sekarang tak celop kaki pun dalam pool tuh.
The only gambaq pool yang den amik. Pasai pa den pemalas sangat pun tatau la.
Bilik untuk berbengkel/seminar/kursus pun luas dan kemas.
Dining area pun luas dan chantek. Buffet spread not so bad. Sederhana banyak tapi sedap. Den sempat breakfast, lunch, minum petang dan dinner kat sini. Memang rasa puas hati. Makan sampai segah-segah perut. Lepas tuh dok kalut seluaq tak muat kan.
Ada padang golf jugak kat sini.

Den tengok kat agoda, kalo weekday, biliknye bley dapat RM214/malam, kalo weekend dalam RM240/malam. In sya Allah ada rejki lebih nanti boleh bawa budak-budak mai sini. Depa kalo ada swimming pool tuh dah happy sangat dah.

4 star untuk resort nih.

0 Comments