Den tertau pasai tempat nih coz ternampat member dari Perak shared kat FB. Orang Perak dah sampai siap berselfie dengan semua meow yang dok ada. Den baru macam ‘eh….kat mana tempat kucing nih’. Biasa la kan.

Tempat nih terletak dekat bangunan yang sama baris dengan Gulatis dekat Seksyen 7, kawasan yang memang selalu jam sebab ada macam-macam kedai termasuk Arianni, Jakel, Wong Solo, Radiusite, Fareeda, etc.

Gulatis kat corner lot. House of Cats nih kat ujung dari corner lot tuh.

Kat tingkat 2 ye. So kalo sape ada sakit lutut memang agak berchenta jugak la nak memanjat tangga tuh.
Hari sabtu (29 Oct), lepas den tengok FB yang kawan den shared tuh, teruih la den hasut buong bawa budak-budak ke sini sebab dekat sangat dengan umah. Kitaorang sampai dalam kul 2.45 petang.

Entry fees RM5/orang tak kisah dewasa, kanak-kanak atau budak 1 tahun. Semua kena bayaq RM5/sorang untuk masa 1 jam bermain dengan kucing-kucing tuh.

Tempat nih buka dari 11 am sampai 9 pm setiap hari kecuali isnin. Isnin depa coti.
Sempat dia kopek flyer kat situ. Bertuah sorang nih.
Disebabkan orang ramai hari tuh, kitaorang kena tunggu dalam 15-20 minit untuk masuk main dengan kucing.

Sebelum masuk memang kena sanitasikan dulu tangan. Disediakan memang oleh pihak pengurusan.

Ada 2 ruang menunggu. 1 tuh kita bley lepak baca majalah. Lagi 1 ruang menunggu lapang je sebab depa akan bawa keluar kucing sekoq untuk kita main. Ada kolam kecik yang ada ikan koi. Ada aquarium yang menempatkan anak-anak kucing untuk kita tengok jugak.
Sekoq kucing tatau spesies apa yang kitaorang dok belai masa kat ruang menunggu
Mini kolam yang ada ikan koi. Anak bertuah den siap amik batu hempuk kat ikan tuh. Mujoq tak kena. Memang nak kena perati lebih skit budak sorang nih
Dah boring asyik kena kelek dengan orang ramai, dia menyorok sat kat tepi basikal tua nih
Kita boleh beli makanan untuk bagi kucing. RM3/peket. Tapi mungkin disebabkan kitaorang datang dah petang, banyak kucing dah bolayan bila nak bagi makan sebab mungkin dah sakan dibagi makan sejak pagi oleh pengunjung yang datang.

Yang bestnye tempat nih takde bau kucing k. Bauan yang normal dan mewangi je.
Pintu masuk kat tempat bersantai bersama kekucings. Ada info yang ditampal bagitau ada sekoq kucing putih tak suka dipegang. Kalo tak dicakaq.
Tempat nih dihiasi dengan barang-barang lama macam telefon, mesin jahit, etc ala-ala nak bagi kita merasa suasana kampong camtuh.
Tempat kucing berehat dan tido kalo depa tamau diganggu orang. Yang putih tuh yang tak suka dipegang. 1 jam kitaorang kat situ, haram dia nak turun ke bawah. Memang melepak kat atas tuh je macam princess.
Ada lebih kurang 12 – 15 ekor kucing rasanya.
Laju je berkumpul bila tuan depa bagi makan. Gebu gebas semua nih.
Owner kata kebanyakan kucing tidoq 12 jam sehari.
Amboi sakan lepak dalam tampi ye

Kucing paling besaq rasa den. Maine coon yang sebesaq si A.
Tidoq lagi. Yang kelabu tuh pun seronok belai. Haluih dan lembut je bulu dia.
Baka Spynx. Belai badan dia rasa macam belai kepala baru cukoq botak. Den geli skit dengan kucing nih.
Budak-budak nih mula-mula takut dengan semua kucing yang dok ada. Tinggal setengah jam dah nak abis masa bermain baru la depa sakan dok main dengan kucing-kucing tuh. Tak pegang sangat pun. Depa dok acah-acah kucing-kucing tuh dengan mainan je.
Berehat dalam mangkuk beso. Manja sangat semua nih.
Mula-mula depa dok main kat sini. Tak heran pun kat kucing.
Dia nih berani skit daripada abang. Risau dia picit je kucing tuh. Kena cakaq karang dah panjang cerita plak.
Suka sangat diusap-usap.
Banyak info pasai kucing tuh itself, camne nak bela kucing dengan elok, do and dont dengan kekucings, etc. 
Si putih nih tak nak main pun. Duduk melepet kat situ je.
Bolayan dengan reben tuh semua.

Kucing remaja nih suka main. Sakan depa dok layan dia main bola kecik dalam terowong tuh.
Yang tidoq dalam meja tuh pun ada. 10 minit si A dok main bukak tutup pintu laci meja tuh sebab nak tengok kucing.
A dok menyapu. Buong dok siasat material dinding.
Kucing remaja nih paling playful
Sempat gak si A panjat tangga nih sekupang sebelum kena haipp dengan den
Main dengan si Spynx
Anak kucing yang kelabu tuh rege RM3K. Dah ada pembeli ye. Dia tampal nota kat aquarium nih. Tak boleh sentuh anak kucingnya. Kalo sentuh dikira jual. Berdebar la omaknya nih ha nak pastikan si A tak cuit pun anak kucing tuh.
Beberapa ekoq kucing pun dok tidoq. Sangat kekenyangan gamaknya.

Kucing-kucing nih pelbagai baka. Semua imported dan berkacukan coz sekoq anak kucing pun dah rege RM3K.

Tempat nih santai je. Sesuai bawa budak-budak nak bagi depa pengalaman membelai dan main dengan kucing. Masa budak-budak nih dok main ke hulu ke hilir dengan kucing @ lebih tepat lagi ke hulu ke hilir depa berdua dok main dengan mainan kucing dan laci, den dan buong dapat duduk berehat melepak sambil mengusap kucing.

Entry fee pun mampu milik. Sesuai sangat bawa 1 family datang sini.

Bagi peminat kucing memang seronok la dapat main dengan macam-macam kucing.

Ada study kata kalo kita membelai dan bermain dengan haiwan peliharaan boleh mengurangkan stress. So sapa-sapa lepas keje rasa stress bley la mai sini tengok kucing yang sangat chantek-chantek, bulu gebu dan terjaga rapi.

Depa ada juai jugak perkakasan berkaitan dengan kucing termasuk anak kucing. Anak kucing nih kena booking dulu. Kata owner tempat nih, kalo anak kucing tuh rege RM3K, deposit RM2K. Ada la kot syarat-syarat lain. Den tak tertanya sebab ramai orang, so owner busy melayan pengunjung yang dok tanya macam-macam soklan pasal kucing-kucing yang dok ada. Ramah tamah owner nye nih.

Sapa-sapa nak mai sini boleh tengok info kat FB depa https://www.facebook.com/houseofcatzzz/about

Bley jugak tengok website depa http://www.houseofcat.com.my/

0 Comments