Jumaat dan Sabtu lepas, den ikut program kualiti dan kuantiti sumber air opis den ke Kalumpang Resort, Hulu Selangor. 1 jam lebih jugak la perjalanan dari Shah Alam. Pasai program tuh den ceite kengdian-kengdian la kalo den rajin.

Masa dalam kereta dah nak balik umah hari sabtu tuh (masih kat parking opis), tiba-tiba tergerak hati nak tengok purse dalam handbag. Alih-alih takde purse dalam handbag. Tengok kat dalam beg baju pun takde purse nye.

Langsung la berdebar pengsan kalo purse tuh tertinggai kat bilik kat resort di Kalumpang tuh kan sebab last sekali den nampak purse tuh masa amik sepit kuku dalam purse tuh.

Tiba-tiba teringat masa dalam kete opis on the way dari Kalumpang ke opis minta opismate keluarkan buku dari dalam handbag. Ada kemungkinan agaknya purse jatuh dalam kete opis tuh. Tepon la pilot yang bertugas hari tuh. Dia kata dia cuba tengokkan dalam kete tuh.

Sementara tunggu pilot check kat kete, hati memang la macam nak pecah risaunya.

Alhamdulillah pilot kata purse tuh jatuh bawah kerusi dalam kete. So selamat la purse den tuh. Masih rezeki den untuk berjumpa dengan purse tuh. Syukur sangat-sangat.

Kalo la tertinggai di bilik kat Kalumpang Resort tuh, dah satu hal nak contact pengurusan resort tuh untuk check ada tak purse tuh kat situ. Kalo ada, dah satu hal kena la ajak buong pegi amik purse tuh kat situ.

Tapi kalo purse tuh hilang langsung tatau ke mana lagi la haru. Duit memang ada sekupang dua je dalam tuh. Yang mengerikan adalah MyKad den, budak-budak punya MyKid, kad bank dan 2 kad kredit ada dalam tuh. Sure la jenoh nak pi report polis, nak kena pi JPN buat MyKad, nak call bank untuk cancel kan card, then nak kena apply untuk buat kad baru, etc. Itu yang paling pening dan menguji ketabahan untuk diuruskan sebenaqnya.

So nikmat Tuhan yang mana yang kamu dustakan?

0 Comments