Event yang den sangat tunggu-tunggu sebenaqnya.

Disebabkan den sangat kalut dengan reja, etc dan mempesoh buong dan budak-budak yang demam, den terlepas pandang iklan nih dalam facebook.

So tinggal lebih kurang 4 hari je lagi sebelum event nih berakhir.

Sapa-sapa yang memang ulat buku, cikgu cikgi, etc boleh datang ke event nih coz seingat den yang dah dua kali pergi event seumpama nih memang berbaloi-baloi sebab seketoi buku RM 5 je kot (kebanyakan buku). Buku yang selama nih rege RM 35.90 kat kedai-kedai buku atau RM 16.90 di BookExcess (kedai buku yang den terpaling suka, will blog bout this next time in sya Allah).

Biasanya kalo den pegi RM5 Fiesta nih memang la akan end up jugak dengan macam-macam buku daripada authors yang den tak pernah tau pun sebab jadik rambang mata coz banyak sangat buku dengan rege yang terlajak murah.

Serious jadi tak keruan jap sebab memang murah sangat nih.

Den suka mai event nih dengan buong je sebab kalo bawa budak-budak nih depa sangat gumbira berlari ke hulu ke hilir dan den akan sakit jantung risau depa diculik orang so akhirnya akan pilih buku dengan tergesa-gesa dengan rasa tak best.

Den tatau den ada rejki ke tak nak pergi ke RM5 Fiesta kali nih sebab buong dan budak-budak masih demam teruk.

Tapi den sangat menggalakkan untuk pencinta buku mai tengok kot-kot ada buku yang berkenan kat hati. In sya Allah den rasa dengan rega RM 5 sebuah buku, sure la akan tersangkut jugak sebuah dua buku untuk dibawa balik.
sumber gambo semua dari website Popular

0 Comments