Duit dan Cakar
Nak Jadi Kaya
Dok tengok rancangan Majalah 3 pasal
mengambil madu dengan in laws, buong dan kiddos.
F : Orang tuh panjat pokok buat apa mama?
Den : Orang tuh nak ambil madu dari sarang
lebah.
F : Dia nak buat apa madu tuh?
Den : Dia nak jual?
F : Buat apa nak jual?
Den : Nak dapat duit.
F : Dia nak jadi kaya ke?
Den : Ha????
Oh my…..apa la yang den dah ajo anak den
pasai duit selama nih.
Lepas nih kena la memodifikasi input pasai
duit dan yang berkaitan dengannya supaya anak den paham yang duit tuh bukan segalanya
tapi duit tuh penting. Haish.
F susun duit syiling konon-konon buah dam. Takde sape ajo pun. Haishhh |
Cakar-cakar
Tengah melepak tengok tv kat umah kitaorang.
F dok main kereta yang highway nye adalah kaki den.
F : Mama….kaki mama ada cakar-cakar la (dia
tunjuk kat bahagian atas skit pada lutut den).
Den : Cakar-cakar apa? (sambil tengok kat
tempat dia tunjuk tuh).
F : Nih ha ada banyak cakar-cakar kat sini.
Den : Ooooooo….haah ada cakar-cakar skit kat
situ.
0 Comments