Den tak kenai Allahyarham secara peribadi cumanya den pernah ada rejki mendengaq ceramah daripada Allahyarham.
Masa den blajaq kat UKM Bangi dari tahun 1998 - 2000, mak ayah BFF den masa tuh merupakan anak murid Allahyarham. So depa suruh BFF pergi kelas Perubatan Islam di Darul Syifa’ setiap hari isnin malam kalo tak silap. Disebabkan dah BFF kena pergi supaya tak dilbebel oleh mak ayah dia, haruslah dia paksa den sekali pergi kelas tuh.

Mak ayah BFF gigih k datang ke Darul Syifa’ dari Petaling Jaya setiap hari isnin lepas keje k. Walopun dari umah sewa den dan BFF masa tuh kat Seksyen 4 ke seksyen berapa ntah (dah tak ingat sebab nih ceite almost 18 years ago) dengan Darul Syifa’ tuh tak sampai 10 minit pun tapi punya la liat kitaorang nak pi kelas tuh. Setiap kali hari isnin je rasa macam ‘ala…..malam nih nak kena pi Darul Syifa’ la plak’.

Memang tak senonoh betoi perangai. Takde rasa teruja atau bertuah pun pada masa tuh ada rejki menghadiri kelas Perubatan Islam tuh. Yalar…what do you expect from budak hingusan macam den dan BFF berumoq early 20an masa tuh. Tengah dok terkinja-kinja minat kat Backstreet Boys dan NSYNC tiba-tiba kena paksa rela pergi kelas Perubatan Islam, haruslah ada tension di situ.

Dipendekkan cerita, ada satu hari isnin tuh den dan BFF puasa sunat (atas reminder omak my BFF tuh jugak huhuhuhu). Disebabkan kelas Perubatan Islam dimulakan dengan solat berjemaah Maghrib, tazkirah, solat berjemaah Isyak dan kelas/ceramah (kalo tak silap la), den dan BFF memang biasanya akan pastikan kitaorang sampai kat Darul Syifa’ tuh sebelum Maghrib atau lebih tepat lagi sebelum parent dia sampai dulu supaya kitaorang tak kena bebel nanti hehehehehhe.

So kitaorang lepak kat bangku dan meja yang terletak di antara Darul Syifa’ dan rumah Allahyarham Ustaz Dato Dr. Haron Din (rumah Allahyarham sebelah je dengan Darul Syifa’ tuh) sementara tunggu nak berbukak posa. Masa tuh kitaorang tapau nasi lemak rasanya. Dalam dok tunggu azan Maghrib tuh, tiba-tiba Allahyarham keluar dari umah dia nak ke Darul Syifa’.

BFF : Assalamualaikum Ustaz.
Allahyarham : Waalaikumsalam. Tunggu nak berbuka puasa ye. Selamat berbuka ye. (Camtuh la kot lebih kurang ayatnya sebab den pun dah ingat-ingat lupa).
BFF : Terima kasih Ustaz.

Perbualan tuh tak sampai 2 minit pun rasanya tapi masa tuh den cuma duduk kat bangku sambil menahan nafas secara tak sengaja dan muka cuak gila dengan tanda tanya dalam hati ‘gamaknya Ustaz nampak tak tanduk aku?’ huhuhuhu camtuh la lebih kurangnya.

Sesetengah orang tua ada cakap alim ulamak nih kadang-kadang memang dibuka hijabnya.

Disebabkan masa umoq awal 20an tuh adalah sangat bergelinjangan tengok wayang hampir setiap minggu kat Metro Kajang (sebab dapat tiket rege half price guna student card), pakai tshirt lengan pendek dengan jayanya masa pi kuliah, etc, harus la kan ada perasan berdebar bagai nak pengsan bila terjumpa Allahyarham face to face.

Seingat den, sepanjang den dengo ceramah umum atau kelas Perubatan Islam tuh, rasanya Allahyarham memang takde sentuh langsung pasal politik ke atau apa-apa yang negatif. Penuh berlemah lembut je Allahyarham menyampaikan kuliah. Sentiasa pakai jubah putih dan kopiah putih.

So bila den terbaca kat FB ada beberapa komen yang agak provokasi lepas Allahyarham meninggal dunia, den dok tertanya-tanya apa yang menyebabkan komen-komen seumpama tuh dibuat. Ironinya kebanyakan komen tuh dibuat masa 13 September 2016, di saat kita semua menyambut Hari Malaysia di mana kita digalakkan untuk bersatu padu, etc.

Walopun den tak kenai Allahyarham secara peribadi, den tetap ada rasa sayu sayat sebab esungguhnya kita telah kehilangan seorang alim ulamak yang sangat berlemah lembut yang tentunya tiada galang gantinya sama macam Allahyarham Tok Guru Nik Aziz.

Al Fatihah.

0 Comments