Ultraman
Masa den preknen kat F 6 tahun lepas, den memang ada berdoa secara tak
langsung harap-harapnya dia tak akan suka dekat Ultraman sebab den macam dah
boring gila kot masa kecik-kecik dulu dok melayan cousins yang lelaki dok
tengok Ultraman bersungguh-sungguh.
Lagi pun den rasa SOP Ultraman nih sama je. Melawan raksasa cuma
raksasanya berbeza-beza la setiap episode. Ultraman akan lawan raksasa sampai
lampu kat dada dia tuh berkelip-kelip dan berbunyi-bunyi. Lepas tuh dia ala-ala
macam nak kalah. Lepas tuh tiba-tiba je ada kuasa balik lalu bangun semula
tembak raksasa tuh dan akhirnya raksasa mati.
Macam tuh je la pun jalan ceritanya setiap episode yang den pernah
tengok la.
So F memang tak pernah tengok Ultraman pun sampai la umoq dia 5 tahun
lebih memang takde seko pun dvd Ultraman.
Masa den preknen kat A, den tak pernah sekali pun berdoa supaya A tak
suka Ultraman.
Bila A cecah umoq 2 tahun 3 bulan, dia tiba-tiba terjebak dengan
Ultraman macam F minat dekat dinosaur.
So sekarang nih kat umah den dah ada 2 dvd Ultraman (tuh pun sebab
kitaorang dah lama tak pergi kedai dvd) dan dah ada berenyut-renyut Ultraman.
Ada yang bertanduk. Ada yang ada macam mahkota. Memang pelbagai la.
Nak tak nak sebagai omak akhirnya den terpaksa
la ikut meneman si A tengok Ultraman sekali sekala huhuhuhuhuhu.
Berenyut-renyut Ultraman nye. Nasib baik RM10 dapat 8 ekor. |
0 Comments