Apa lagi la yang menggumbirakan hati omak macam den nih selain daripada tengok anak-anak happy dan kita pun dapat spend masa dengan depa selagi mana depa sudi nak pegang tangan kita kan.

Tuh la yang den coba nak buat selagi ada rezeki kesihatan dan kelapangan nih.

So disebabkan kebosanan kat opis petang semalam, den pun buat la siasatan menggunakan en google dok cari tempat-tempat yang sesuai untuk bawa budak-budak dengan kos paling minima camtuh dan tak jauh sangat dari umah kitaorang. Basically nak jalan-jalan dalam Selangor je la ceitenye, tak payah bermalam bagai.

Jenuh la jugak menyiasat sana sini k.

Akhirnya den berjaya membuat senarai empat tempat yang sesuai untuk dilawati oleh keluarga yang ada anak-anak kecik macam anak-anak den.

1. High 5 Bread Town di Seksyen 21, Shah Alam (serious tak sampai 10 minit je dari umah kitaorang) tapi tatau la masih wujud ke tak;

2. Paya Indah Wetland, Kuala Langat, 10 am hippo feeding, 11 am crocodile feeding;

3. Ostrich Wonderland Farm, Lot 485, Jalan Sungai Lalang, Semenyih;

4. Hop On Hop Off KL (promotion RM50 for family of 4 till September 2016); dan

5. Skyride Festival Park Putrajaya.

Kalo ikut waktu operasi keempat-empat tempat tuh, sesuai la sampai sana dalam 930 am especially kat Paya Indah Wetland tuh supaya dapat tengok animal feeding.

So in sya Allah, sehingga Disember 2016 nih, kita akan coba merealisasikan rancangan membawa budak-budak kedondang sayang tuh ke tempat-tempat tuh.

0 Comments