Teman member den cari tshirt sukan kat sini. First time den mai sini. Terpesona tengok semua benda berkaitan sports hampir semuanya ada kat sini.

Ada baju renang muslimah, baju renang budak-budak, kasut sukan, bola, etc. Boleh dikatakan one sport centre untuk pakaian sukan sekeluarga camtuh.

Harga den tatau la murah ke tak sebab den tak amik tau sangat pasal barang-barang sukan nih tapi kepelbagaian jenis baju sukan semuanya ada kat sini.

Berpinar-pinar mata tengok pakaian sukan berwarna warni, lawa-lawa semuanya.
seluaq gambaq2 superheroes
Sandal spiderman tuh cam comei je kalo beli kat A
Masa den pi tuh, tengah sale swimming suit RM 15 je kot satu. Serious menarik k. Terlupa plak nak amik gambo.

Member den kata biasa je kedai nih iklan kat The Star dan Harian Metro kalo depa buat sale ke ape.

So pada sapa-sapa yang berminat atau berhasrat nak cari pakaian sukan boleh la mai kat sini ye. Alamatnya di Direct.comSports, Subang Jaya, MST Golf Plaza, 8 Jln SS13/5, Subang Jaya. Waktu operasi adalah dari 10 pagi sampai 8 malam setiap hari.

0 Comments