Sembang Dengan F
Sukan
Den : Nanti abang besar esok-esok abang nak
berenang ke nak main badminton?
F : Abang tak nak berenang ke main reket ke.
Abang nak jadi bomba je.
So berakhir la angan-angan mama untuk
ditemuramah bila F berjaya dapat pingat emas di Olimpik acara renang atau
badminton tuh.
Revolusi Cita-Cita
Den : Esok-esok besar abang nak kerja apa?
F 2 tahun lepas : Abang tak mau keje apa-apa.
Abang nak duduk dengan mama je.
F 1 tahun lepas : Abang nak keje macam mama.
F 7,8 bulan lepas : Abang nak jadi Ultraman
boleh tak mama?
F 2,3 minggu lepas : Abang nak jadi bomba.
Bila Besar
Den : Esok-esok bila abang dah besar abang
sayang tak kat mama?
F : Sayang…..
Den : Nanti jaga tak mama?
F : Nanti abang jaga mama. Abang nak jadi
besar nanti abang boleh dukung mama.
Dukung mama la sangat ye. Jangan esok sibuk
dukung makwe sudah k.
Duit
Papa : Cantik la kete Wish tuh.
F : Papa kan dah ada kereta. Kenapa nak beli
kereta lagi? Nanti kalo beli kereta lepas tuh tak cukup duit nak makan macam
mana?
Den gelak beso dengar F cakap camtuh. Den
biasa cakap dengan dia nanti tak cukup duit nak makan kalo asyik beli mainan.
So dia mengikut cakap den la tuh.
Dengan baju dino dia |
0 Comments