Dah seminggu Pesta Buku nih berlangsung, baru la den berkesempatan pergi tengahari tadi.

Dah namanya Pesta Buku, memang pelbagai hampir 90% booths dok juai buku. Macam-macam buku dok dok ada. Buku kanak-kanak, agama, novel-novel Melayu, komik, novel omputih (den jumpa macam sekupang je), buku-buku macam mana nak berjaya (ada booth sifuFBAds,etc), buku resepi, etc. Ada juga booth yang juai set buku kanak-kanak Grolier and Noudy (eh betoi ke eja nih). Ada 2 booths juai mainan. Ada 2,3 booth pakaian. 1 booth TMNet (kalo tak silap).

Ada booth untuk langganan setahun majalah dan buku macam Times, Reader Digest, Knowledge, etc di mana kita bley dapat discount price kalo mendaftar langganan kat booth tuh.

Kat entrance nak masuk tuh, ada booth Perpustakaan Selangor di mana kita boleh mendaftar keahlian di situ.

Ada juga disediakan ruang untuk taklimat dan ceramah.  

Mungkin disebabkan den pegi waktu tengahari rembang, tak ramai sangat orang datang masa tuh.

Den suka je la jalan-jalan tengok buku-buku yang dok ada.
Chantek kan kalo bagi hadiah kat anak ke anak sedara. 18 biji buku RM 100. Kalo beli seko-seko, satu buku jatuh RM 7. Boleh jimat RM 26 kalo beli set nih. Siap ada reben lagi. Tapi disebabkan bajet den ala-ala sepi, terpaksa la tengok je
Disebabkan bajet ala-ala tidak mengijinkan dan den masih tertunggu-tunggu Popular buat event RM5/book tuh, den takdak la nak cari buku apa sangat. Memang temanya mencuci mata je la.

Tapi terbeli jugak la 4 buah buku bertemakan dinosaur untuk budak-budak nih.
RM 5 seketoi. Sayang takde buku TRex.
Pelbagai ceite dino. RM 36.72
Mama pun tersangkut menyiasat pasal dino
Untuk papa depa, den belikan komik Ujang dan APO, dah yang tuh je dia suka baca pun.
RM 2 seketoi
Moh la beramai-ramai datang ke pesta buku nih. In sya Allah akan ada buku yang sesuai untuk setiap orang serendah harga RM 2/book.

0 Comments