Paya Indah Wetlands Dengkil Kuala Langat
Ahad lepas (28 Ogos) kitaorang sekeluarga berkesempatan berjalan-jalan
sekupang dua di Paya Indah Wetland. Nih nak merealisasikan hasrat omaknya yang
nak mengabiskan wish lish berjalan-jalan tanpa bermalam camtuh.
Hasratnya memang la nak bergerak awai dari umah supaya sampai ke Paya
Indah Wetland tuh seawai mungkin dalam 9 am tapi biasa la bangun tidoq
terpisat-pisat pun dah pukoi berapa, nak tunggu budak-budak bangun tidoq pun
dah pukoi berapa so akhirnya kitaorang gerak dari umah pun dalam 845 am. Sampai
kat Paya Indah Wetland dalam 940 am.
Sampai kat pintu masuk utama Paya Indah Wetland tuh, kita cuma perlu
mendaftar. Isi borang pasal butir diri dan bilangan orang dalam kereta, nombor
kereta, nombor telefon, etc. Lepas siap mendaftar kita akan diberikan satu pas
pelawat. Kereta memang boleh dibawa masuk ke hampir seluruh kawasan dalam Paya
Indah Wetland nih.
Kitaorang parking kereta dekat dengan Restoran Belibis. Dari situ
kitaorang berjalan tak sampai 5 minit ke kolam hippo. Masa kitaorang sampai tuh
ada dalam 15 orang dah ada kat situ menunggu untuk sesi memberi makan kepada
badak air (hippo feeding).
Semasa pekerja Perhilitan terang sekupang dua pasai badak yang dok ada,
dia tunjukkan cara nak bagi makan badak-badak tuh. Ada dua ekor badak yang
diberi makan pada ketika tuh, iaitu ibu (Juwita) dan anaknya (tatau nama apa).
Ada 4 ekor badak air sebenarnya di Paya Indah Wetland nih tapi tak boleh dibagi
makan sekali sebab depa akan bergaduh kata orang Perhilitan tuh.
Adik manis Perhilitan tnjuk cara bagi makan badak |
Omak dan anak |
Badak air nih herbivore, so depa makan tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan.
Hari tuh depa dibagi makan campuran kangkung dan pelbagai tumbuhan yang den pun
tak sure apa dan bersisir-sisir pisang.
Badak air nih dibagi makan 1 kali sehari dan setiap kali feeding, berat
makanannya disukat supaya badan air nih tak obesity. Badak air pun kena jaga
food intake so apatah lagi kita manusia nih yek. Kata orang Perhilitan tuh,
semalam depa dah bagi makan 200 kg, so hari ahad tuh dibagi makan 160 kg.
Setiap orang yang ada diberi peluang untuk memberikan pisang kepada
badak air tuh. F macam biasa la semuanya tak berani. So si A la yang bagi makan
pisang kat badak air tuh tapi dah dibaling tinggi sangat, dah jatuh pisang tuh
ke tanah tapi badak tuh relax je, dia makan je pisang yang dah jatuh tuh.
Lepas tengok sesi memberi makan badak dalam lebih kurang 20 minit, kitaorang
bergerak naik kete ke arah kolam buaya. Kitaorang singgah dulu breakfast dekat
kafe on the way ke kolam tuh sebab Kafe Belibis tuh tutup.
Lepas abis breakfast kitaorang bergerak ke kolam buaya untuk tengok sesi
memberi makan kepada buaya pada pukul 11 am. Gamaknya buaya-buaya yang dok ada
memang dah ada instinct depa akan dibagi makan, depa pun berenyut-renyut datang
ke dekat-dekat dengan tebing kolam.
Dalam 11.15 pagi, sesi memberi buaya makan ayam pun bermula. Punya la ramai
orang tengok buaya dibagi makan nih sampai memang la tak sempat nak amik gambo
sebab dok kalut nak bagi budak-budak dapat tengok buaya tuh dibagi makan. Den
dah kena dukung si A. Lepas tuh nak pastikan F dapat menyelit kat belah depan.
So memang la kalut. Dah la matahari dok memancar, memang terbaik la.
Tau je nak dibagi makan |
Panas berdenting-denting masa nih |
Buong kalo bersesak-sesak camtuh dia memang la malas nak layan. Dia
melepak dengan kerusi yang ada kat situ amik angin. Bertuah tau dia tuh.
Sebelum sesi memberi makan buaya dimulakan, ada taklimat ringkas oleh
orang Perhilitan. Kalo den tak salah dengo, awalnya ada 15 ekor buaya je di
Paya Indah Wetland nih. Sekarang dah ada 52 ekor buaya. Tapi masa sesi beri
makan tuh, den nampak dalam 12-15 ekor buaya je. Katanya buaya nih tak diberi
makan setiap hari sebab ianya reptilia.
Lepas tengok sesi buaya diberi makan tuh, lepas tengok itik dan pelican,
dalam kul 12 pm kitaorang pun bergerak balik dari Paya Indah Wetland nih.
Masa kitaorang pi tuh, ada ramai je orang. Ada family yang beriadah siap
berpicnic. Ada sekumpulan orang dok ada Hari Keluarga. Ada juga orang yang dok
berbasikal cuma kena berhati-hati skit sebab laluan berbasikal tuh sama je
dengan laluan kereta. Kalo ikut info ada aktiviti berbasikal, berkanu dan
memancing dengan bayaran tertentu.
Depa nih apa heran panas ke apa |
dapat sirap ais memang heaven |
Budak-budak of coz la sangat happy dapat tengok hippo dengan buaya tuh.
Den pun happy jugak sebab kali pertama dan terakhir den mai sini adalah lebih
kurang 13 tahun sudah masa bawa budak-budak PLKN.
Sapa-sapa nak mai sini make sure datang awai pagi supaya tak panas
sangat dan tak terlepas sesi memberi makan hippo (10 pagi) dan sesi memberi
makan buaya (11 pagi). Bawa topi dan payung especially untuk budak-budak.
Boleh sewa chalet yang dok ada kat sini |
Den rasa okay je kot kalo setiap pengunjung dikenakan caj bayaran untuk
masuk ke sini. Contohnya RM10 setiap kereta. Walopun Perhilitan adalah agensi
Kerajaan yang bukan profit oriented dan disediakan peruntukan setiap tahun, den
rasa okay je kot kalo kita sama-sama menyumbang sedikit untuk pemeliharaan dan
pemuliharaan Paya Indah Wetland nih. Tinggi cost maintenance untuk pastikan
semua haiwan sihat dan keadaan kawasan sesuai untuk beriadah.
Tapi tuh pendapat den je la kan. Mungkin juga ada pendapat yang kata
memang tak perlu dikenakan sebarang bayaran sebab Kerajaan perlu sediakan
tempat beriadah yang percuma kepada rakyat.
Camne pun, nih antara tempat yang sesuai dilawati kalo kita nak
mendekatkan anak-anak dengan flora dan fauna secara santai.
waktu operasi |
p/s wish list untuk pergi ke Muzium Roti Shah Alam terpaksa dibatalkan
sebab muzium tuh telah ditutup sejak Jun 2016 apabila kilang High 5 menamatkan
operasinya di Shah Alam. Agak terkilan sebab selama dok ada muzium tuh, den
tatau pun kewujudannya. Bila dah tau ada muzium tuh, dah tutup plak. Takpe la
kita tengok rejki nak melawat tempat lain mana plak nanti.
0 Comments