Dekat gila jugak dengan Hotel Sutera tuh dalam 5 minit je tapi disebabkan den adalah pemandu arahnya maka macam biasa la tersesat sekupang dua.



Cafenya adalah berkonsepkan steamboat di kabin camtuh la.

Memang comei dan unik cafe dia. Kabin yang telah diubahsuai. Disebabkan kitaorang pi malam, suasana pun cozy-cozy camtuh.





Unik. Bekas lampu daripada bahan terpakai. Jimat dan mesra alam

Kitaorang order set BBQ yang ada lamb, chicken dan sosej. Ayaq ice lemon tea, teh tarik dan ayaq favourite iaitu ayaq kosong. Banyak je lagi jenis makanan dia terutamanya main dish dia iaitu steamboat tapi disebabkan kitaorang dah kenyang, kita rasa la apa yang boleh diterima dek perut.

Food dia yang kitaorang order tuh rasanya so-so je tapi environment kedai yang sangat tenang dan cozy tuh yang mahai den rasa. Mungkin steamboat dia meletops kot rasanya. Next time kita coba makan steamboat dia plak.
Food kitaorang. Ada sup, cili dan kicap dengan set nih.
Ayaq feveret budak-budak
Tempat api steamboat
N9 Stick Factory nih pernah masuk Jalan Jalan Cari Makan Februari 2016 (ada gambaq Naz dan info pasal JJCM kat entrance cafe ni).


Cafe nih baru je mula sediakan breakfast baru-baru nih. Nampak kat bunting tuh macam sedap jugak (hang tuh pasai makan semuanya sedap kan).

Ada dua ekor kuda kat tepi cafe nih. Kata pekerja cafe kalo owner kuda ada memang boleh naik kuda tuh (ada bayaran la rasanya) tapi bukan rejki budak-budak nih la nak naik kuda malam tuh. So memandangkan anak-anak den nih memang bajet budak bandar walopun asal kampong, maka mereka sangat la teruja tengok dua ekoq kuda tuh. Den dengan buong memang la tercekik-cekik makan sebab depa dok kalut nak tengok kuda.

Kuda pakai bendera sempena nak Merdeka

Sibuk tengok kuda sampai tak mau makan

Bley coba datang menjamu selera kat sini untuk merasai pengalaman makan steamboat di kabin camtuh.

0 Comments