Kursus Budgeting Anjuran Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), 29-30 Ogos, Hotel Sutera, Seremban 2
Panjang sungguh tajuk entry kan.
Kursus nih adalah salah satu kursus daripada pelbagai kursus yang
dianjurkan oleh INSKEN sepanjang bulan Ogos nih.
Nota kami |
Ada 28 orang peserta di mana 26 orang memang merupakan usahawan. 2 orang
je yang belum berniaga yang of coz la salah seorangnya adalah den hehehhehehee.
Ada beberapa orang pengusaha taska, bisnes emas, hardware, frozen food,
event management, Pirate Coffee, cereal, aiskrim, latihan dan perundingan,
syarikat guaman, servis cuci fabric (carpet, sofa dan tilam), printing, etc.
Ramai antara kitaorang ingatkan kursus budgeting nih merupakan kursus
asas berkaitan kewangan macam nak buat akaun dan cash flow, alih-alih cikgu tuh
cakap dalam pengurusan kewangan, budgeting merupakan step ketiga. Patutnya
kitaorang mula dengan book keeping dan cash management dulu.
So untuk den yang memang takde basic kewangan dan akaun nih, memang la
ada menganga dan blur-blur jugak bila cikgu dok ceite pasal budgeting
especially bila melibatkan terms yang berkaitan dengan kewangan tuh. Tapi cikgu
memang bertabah la dengan kitaorang coz dengan penuh kesabaran menjawab
soalan-soalan basic pasal kewangan dan explained beberapa kali tentang sesuatu
perkara.
Cikgu dok ceite pasal jenis income |
Antara benda yang diajo adalah:
1. Expected sales, profit and loss, expenses, etc;
2. Cara nak meningkatkan jualan;
3. Jenis pasif income;
4. Return of investment (ROI) atau titik pulang modal (TPM);
5. Untung kasar (gross profit) dan untung bersih (nett profit);
6. Margin;
7. Sikit pasal pengurusan tunai dan stok;
8. Budget boleh dibuat secara tahunan, setiap 3 atau 4 bulan, setiap bulan.
9. Cara nak buat bajet.
10. Kena guna software untuk memudahkan buat bajet, record, etc bagi setiap
items yang dijual (kalo bisnes produk).
11. Macam-macam info lagi.
Antara info daripada sesi bergebang-gebang santai dan sesi perkongsian
info:
1. Jika nak buka franchise bagi pusat perkembangan/pendidikan kanak-kanak
yang dah ada nama, kos yang diperlukan adalah RM300 ribu bagi persediaan ruang
taska, peralatan mengajar, modul, latihan, etc. Setiap bulan perlu bayar
royalty RM 40/murid. ROI adalah dalam tempoh 3 tahun kebiasaannya.
2. Peserta yang buka hardware ceite dia keje di hardware selama 1 tahun
bermula sebagai tukang sapu sehingga akhirnya jadi cashier bagi memahirkan diri
tentang selok belok bisnes hardware termasuk mengenalpasti jenis barangan yang
dijual dan cara kegunaanya, suppliers, macam mana layan customer, etc. Satu-satu
hardware boleh ada hingga 2000 items. Syarikat beliau dalam proses nak membuka
cawangan kedua tidak lama lagi. She is one iron lady. Kecik molek comel lote je
orangnya. Bukan senang nak senang yek sebab kita kena mengkaji bisnes yang kita
nak buat dengan sedalam mungkin supaya kita jadi subject matter expect (SME)
gittew.
3. Encik yang buat aiskrim ceite kalo sesuatu produk cuma tulis perasa
macam vanilla atau strawberry, etc adalah bukan aiskrim tapi konfeksi sejuk
beku. Kalo aiskrim dia akan tulis aiskrim vanilla, aiskrim strawberry, etc yang
perlu mengandungi dairy milk 10% ke atas (nih kalo den tak salah dengo la). 99%
aiskrim di dunia tak guna gelatine binatang tapi depa guna bahan dari tumbuhan
(plant origin) untuk stabilizer. Aiskrim yang dibuat oleh syarikat nih adalah
super premium ala-ala sama level dengan Hagen Daz. Sapa-sapa nak order aiskrim
nih boleh contact depa at scoopworks.onpay.my.
4. Owner syarikat mencuci fabric (carpet, sofa, kusyen kereta dan tilam)
merupakan seorang adik manis berusia 26 tahun, bekas engineer di Perancis.
Meletops kan.
Ha...terror kan depa-depa nih. Bermotivasi sungguh duduk dalam group
usahawan yang berjaya nih coz dengaq depa ceite experience depa, etc. Serious
best.
Kursus nih memberi manfaat macam kursus-kursus lain yang den pernah
hadiri jugak cumanya macam mana den nak gunakan input dalam kursus nih je la
persoalannya hhehehehehe.
INSKEN sediakan penginapan twin sharing untuk peserta kursus nih.
Bayaran RM100 untuk 2 hari kursus, penginapan dan makan 4 kali sehari
(breakfast, minum pagi, lunch dan minum petang) adalah sangat murah dan
tersangat-sangat berbaloi. Den nasihatkan supaya sapa-sapa yang berkelapangan
joint kursus oleh INSKEN nih.
p/s den utang entry pasal kursus Business Model
Canvas dan Rancangan Perniagaan anjuran SME Corp yang den attended June lepas.
Tatau bila la nak ada kesempatan nak mencoret sekupang dua pasal dua kursus
nih.
0 Comments