Macam biasa la kalo berkaitan dengan hal berjalan-jalan nih omaknye iaitu den yang terkinja-kinja lebih. Budak-budak nih setakat nih takde la demand pun nak pi mana asalkan dapat keluar dari umah. Pi beli barang dapoq kat Tesco pun depa dah happy abis dah.

Terberangan nak naik bas KL Hop On Hop Off nih sejak last week masa ternampak bas nih lepas den makan ikan bakaq kat Tangling tuh. Bila tengok website depa ada plak promosi tiket RM 50 untuk 1 keluarga (2 dewasa dan 2 budak) sehingga 30 September 2016, tuh lagi terkinja-kinja nak naik bas tuh sesegera yang boleh dalam tempoh promosi. Kalo ikut rege sebenaq RM 45 untuk dewasa dan RM 19 untuk budak 5 - 12 tahun (kalo tak silap den la). Budak 5 tahun ke bawah free.
Dah turun semula kat Muzium Negara, baru sempat amik gambaq bas nih
Jumaat lepas (12 Ogos) den coba beli tiket online tapi tak berjaya so den tepon la opis depa. Katanya boleh je beli kat mana-mana kiosk yang ada kat beberapa pit stops atau naik je dulu bas kat mana-mana pit stop, nanti akan pekerja depa di beberapa pit stops tertentu akan akan jual tiket dalam bas tuh. 

Ada 23 pit stops semuanya, bermula dari KL Tower dan berakhir di KLCC.

Den pilih untuk mula naik di pit stop 12 iaitu Muzium Negara sebab parking tak mahal dan bley breakfast dulu di kafe muzium tuh. 
Pit Stop 12 Muzium Negara. Tempat kitaorang mula naik bas nih.
Sabtu (13 Ogos) tuh, kitaorang sampai kat parking Muzium Negara dalam kul 9 am. So kitaorang breakfast dulu kat kafe muzium tuh. By the time kitaorang abis breakfast 930 am, kitaorang tengok bas dah ada. Kitaorang teruih naik bas tuh walopun masa tuh dok ujan rintik-rintik.

Kalo nak diikut ada kiosk tiket kat muzium tuh tapi kitaorang tak jumpa. Tak sampai 5 minit duduk dalam bas tuh, pekerja KL Hop On Hop Off naik untuk jual tiket. Bila den kata nak beli tiket promosi RM 50 tuh, katanye kena beli online. Den pun koba la dah coba beli online tapi tak berjaya dan opisnya kata boleh beli atas bas. Dia pun okay je la. Tatau la memang boleh ke atau dia malas nak bising sebab dalam bas tuh ada lebih kurang 8 orang penumpang je termasuk kitaorang.
I am the king of the world versi F di atas bas 2 tingkat nih
Tiket kitaorang valid dari 930 am (13 Ogos) sampai 1130 am (14 Ogos).
Walopun tiketnye kalo dijumlahkan RM 62, den bayaq RM 50 sebab ada promosi tuh
Den, buong dan budak-budak nih memang teruja la naik bas nih sebab first time kot naik bas 2 tingkat yang takde bumbung kat sebelah atasnya. Fefeling naik bus double decker kat London gittew yang ntah bila la nak ada rejki nak naik. Bila jalan raya agak smooth trafficnye memang la terasa anginnya tuh.
Walopun ada larangan untuk berdiri masa bas bergerak-gerak, budak-budak nih mana heran kan. Ada 2,3 kali gak la A terhantuk kat palang depan tuh bila bas berhenti mengejut. Untuk budak-budak umoq dalam 2-4 tahun kena perhati lebih skit la takut terjatuh dari bas tuh sebab memang ada penghalang tuh satu je
Masa bas mula bergerak memang seronok la terasa angin bertiup bagai sebab traffic smooth je

Kitaorang memang merancang nak naik bas tuh ronda-ronda je. Tak rancang nak turun kat mana-mana pit stop pun sebab tatau berapa lama nak tunggu bas seterusnya sampai kalo kitaorang turun kat mana-mana pit stop. Takut kitaorang kepenatan dan budak-budak cranky sebab letih menunggu, panas, lapaq, etc. Sebenaqnya bley je la turun kat mana-mana pit stop dan berjalan-jalan sebab kitaorang ada sampai kul 6 petang kot untuk naik turun bas tuh. Next time la gamaknya.....in sya Allah.

Mula-mula bas bergerak dari muzium tuh memang kitaorang excited la sebab jalan pun smooth je. Kitaorang lalu pit stop 13 (Istana Negara), 14 (Taman Tasik), 15 (KL Bird Park), 16 (Masjid Negara). 
Pit stop 13 Istana Negara
Masjid Negara (pit stop 16 kalo tak silap)
By the time masuk Jalan Raja Laut, nak melepaskan pit stop Medan MARA tuh, budak-budak nih dah bising kenapa bas nih asyik berhenti. Kebetulan banyak plak lampu isyarat merah masa tuh.
Depa dah mula boring sebab bas asyik berhenti sebab traffic light merah dan matahari dah mula menyinari alam
Tatau construction apa nih dekat-dekat medan MARA...macam gempak je
Medan Mara, tak ingat pit stop nombor berapa. Sempat mengenang zaman-zaman datang sini nak minta pinjaman Mara 20 tahun lepas
Kitaorang melalui pit stops seterusnya 17, 18, 19, 20, 21, 22 dan pit stop terakhir 23 (KLCC). Lepas tuh kitaorang melalukan pit stops 1-11 untuk sampai semula ke pit stop 12 (Muzium Negara) kat mana kitaorang parking kete.
Taman Tasik Perdana. Tak ingat pit stop berapa.
Istana Budaya. Pit stop berapa ntah.
Sampai kat pit stop terakhir 23 (KLCC) tuh orang dah started berdiri dalam bas.
Last pit stop in the route. KLCC.
Kios kecik kale biru tuh tempat juai tiket bas hop on hop off. Pekerja dia akan pakai tshirt blue black yang ada logo KL Hop On Hop Off.

Kat pit stops yang orang tak ramai nak naik turun, memang bas berhenti tak sampai 2 minit pun. Pit stops yang paling lama bas berhenti coz ramai orang naik turun + pekerja nak check tiket adalah di pit stop 1 (KL Tower), 6 (Bukit Bintang), 11 (KL Sentral) dan 23 (KLCC). Pit stop Bukit Bintang tuh memang terpaling ramai pelancong naik turun. 
KL Tower Pit Stop 1
Ada upside down umah dan kete kat KL Tower nih. Kena bayaq tiket kalo nak masuk.
Macam comei je umah terbalik nih kan
Pusat kraftangan Negara. Pit stop 5.
Pit stop Muzium Negara paling lama bas berhenti dalam 15 minit sebab driver nak berehat sekejap membetoikan tulang belulang dan hisap rokok. Lama kot nak mengabiskan 23 pit stops tuh, sure dia pun lenguh sebab kitaorang gerak dari muzium tuh pada 930 pagi dan sampai balik ke muzium tuh lepas round  semua pit stop tanpa turun dalam 1215 tengahari (hampir 2 jam 45 minit). Gerak masa cuaca sangat cun sebab mendung camtuh dan berakhir dengan panas terik peluh dok menitik-nitik.

Driver bas nih memang terror k. Selamba je dia lalu jalan-jalan sempit macam kat pit stop 8 (China Town), 9 (Central Market), etc dan jalan naik bukit macam kat pit stop 1 (KL Tower). Den yang dok seriau lebih.

Satu pusingan perjalanan tuh, tiket kitaorang diperiksa 4 kali di pit stop KLCC, KL Tower, 6 (Bukit Bintang) dan lagi satu den tak ingat kat mana hehehehehe.


Sepanjang perjalanan tuh, setiap kali sampai kat mana-mana pit stop, memang akan ada penerangan ringkas tentang setiap pit stop tuh secara ringkas dalam Bahasa Inggeris.

Budak-budak mula-mula la depa excited. Dah masuk pit stops ke 6 camtuh, depa dah start boring sangat. F dok tanya bila kita nak turun nih mama. A siap sempat breastfeed sampai tetidoq sebelum sampai pit stop Bukit Bintang. Dia terjaga bila kitaorang hampir-hampir sampai ke muzium. Kita yang orang dewasa nih jenuh jugak la duduk 2 jam 45 minit atas kerusi keras tuh sampai sakit-sakit pungkok.
Masa nih dia dah boring sangat. Sempat dia lap cermin bas tuh dengan wet wipe.
Masa kitaorang naik tuh, memang 98% pelancong luar Negara la yang naik bas tuh. Ada pelancong omputih, Timur Tengah, China, Jepun dan Korea. Kitaorang je tersesat orang tempatan naik bas tuh pada hari tuh.
Lega bila dah turun dari bas masa sampai kat Muzium Negara tuh
Jenuh la pelancong yang duduk kat bahagian atas bas tuh dok mengelap peluh sementara tunggu drebar bas abis isap rokok kat pit stop 12 tuh.
Kitaorang memang happy dapat rasa pengalaman naik bas KL Hop On Hop Off nih. Once in a lifetime experience gittew. Dapat plak tiket promosi. Tuh yang lagi gumbira tuh.

Kena naik la kot sekali pun KL Hop On Hop Off nih sebab memang pengalaman yang agak menarik menengok sebahagian tempat-tempat menarik di KL dari kaca mata pelancong gittew.

From time to time ada je la pelbagai promosi rege tiket nih. Ada promosi untuk pemegang MyKad. Ada promosi untuk pelancong, etc. Untuk promosi RM50 for family of 4 nih, katanya sampai 30 September nih. So kena pi tengok kat website depa di http://www.myhoponhopoff.com/kl/untuk keterangan lanjut k.

Akhir kata, selamat melancong di bandar Kuala Lumpur.

p/s 1 untuk maklumat yang tepat untuk setiap pit stop yang sebenaq kena tengok website depa la yek coz maybe ada tempat yang den tertukaq nombor pit stop nye coz den kan Dory memory camtuh.

p/s 2 Alhamdulillah selesai satu wishlist nak bawa budak-budak naik bas nih.

0 Comments