Kelas Teori Intensif Bisnes Borong di China
Ahad lepas (21 Ogos) den menghadiri Kelas
Teori Intensif Bisnes Borong di China di Bandar Baru Bangi dengan bayaran RM 95
untuk dengo taklimat dari 9 am sampai 5 pm. Biasa la den pi mana-mana kursus
memang lone ranger sebab tak dak kawan-kawan yang minat nak pi sama.
Budak-budak memang tinggal dengan papa depa almost satu hari suntuk tuh.
Tuh first time den dengo taklimat pasal
memborong di China.
Den rasa dengan bayaran RM 95, memang totally
worth la taklimat nih coz banyak info yang depa habaq. Antaranya:
1. Tempat-tempat untuk memborong pelbagai jenis
barangan di Guangzhou dan Yiwu (beg tangan, jam, gadgets, pakaian, hardware,
perabot, tekstil, elektronik, etc). Serious almost semua barang ada kat China
nih.
2. Tips macam mana nak memborong di China
daripada tips untuk pastikan duit bukan palsu, tidak ditipu pemandu teksi,
minimum order, kena bawa penimbang, etc.
3. Masa yang kurang sesuai untuk pergi memborong
di China. Masa Canton Fair, Gong Xi Fa Chai, Hari Buruh dan Hari Merdeka.
4. Jenis pengangkutan yang bersesuaian untuk ke
satu-satu tempat (bas, metro, tuk-tuk, teksi, etc).
5. Tips dan etika berurusniaga ketika memborong.
6. Macam mana nak bid harga terendah untuk
setiap barangan yang nak diborong.
7. Macam mana nak communicate dengan peniaga.
8. Cara pembayaran barangan yang dibeli.
9. Pembungkusan barangan yang dah diborong
termasuk cara berurusan dengan warehouse.
10. Urusan kargo ke Malaysia termasuk cara
berurusan dengan shipping company.
11. Tempat makan halal.
12. Persediaan sebelum pegi memborong di China
(passport, visa, etc).
Den ceite secara umum je la sebab memang tak
diijinkan oleh penganjur untuk ceite details pasal apa yang dimaklumkan. Kalo
nak tau details memang kena pi dengaq taklimat tuh sendiri supaya lebih jelas
dan senang kalo nak bersoal jawab kalo tak paham.
In sya Allah bila ada rejki nak memborong di
China nanti, den nak joint la depa nih nanti.
Untuk maklumat lanjut pasal seminar nih atau
nak joint pi memborong kat China boleh la tengok website depa di http://jbc.my/utama/
Setakat nih, mana-mana kursus yang den pergi
pun den rasa ada bagi ilmu dan manfaat sebab memang selama nih den tak pernah
pergi mana-mana kursus yang den sendiri nak pergi, dok pergi kursus yang opis
anto je.
Tatau
la kalo den mudah berpuas hati ke sebab rasa semua kursus okay tapi tuh la pendapat
den setakat nih.
0 Comments