Petang tadi ada mesyuarat pasal pencemaran sumber air. Keputusan mesyuarat adalah kena buat pemantauan 24 jam (pensampelan setiap jam) di beberapa lokasi yang disuspek melepaskan effluent yang melebihi had piawaian yang ditetapkan. Ha….skima tak ayat? Hehehhhhehee.

Den pandang muka anak-anak buah den. Penat sangat dah nampak muka depa. Sure depa dah dok terpikiaq-pikiaq camne nak habaq kat family depa yang depa kena reja 24 jam.

Kisah orang buat tembok kat tebing sungai, buang sampah kat tebing sungai, effluent hitam masuk dalam sungai, pencerobohan kawasan tadahan empangan, orang tanam pisang kat rizab sungai, etc pun nak kena siasat dan selesaikan.

Permohonan untuk dapatkan ulasan berkaitan sumber air nak kena dimuktamadkan.

Jangan dilupakan program kesedaran awam dengan orang ramai. Ceramah, pameran, etc nak bagi kesedaran betapa pentingnya kita kena jaga sumber ayaq kita sebab ayaq adalah keperluan asas. Toksah buang sampah merata-rata coz ada antara sampah tuh akhirnya akan masuk ke dalam sungai, etc. Jangan membaziaq ayaq. Macam-macam la. Mentaliti orang Malaysia masih kurang lagi dalam bab kesedaran kepentingan menjaga sumber air.

Tuh belum kira yang lain-lain dengan auditnya, KIK, 5S, macam-macam lagi.

Kawan den tengah dok kursus bahasa asing sebab orang-orang yang ditangkap kebanyakannya orang asing. On positive note dia dapat la blajaq bahasa asing fully sponsored tapi kalo sel-sel otak agak-agak kurang berhubung, jenuh jugak nak mengabiskan kursus tuh nak plak ada exam.

Memang kadang-kadang orang dok kata untung la dapat buat kerja lebih masa tapi sampai satu tahap memang sampai tak lalu-lalu nak buat OT sebab penat sangat dan kesian kat family tak dapat jumpa abah atau mak depa.

So kat celah mana reja gomen nih relaks nye?

Tuh jugak adalah salah satu sebab den lama tak update blog. Serious sibuk tatau nak habaq lagu mana. Bulan nih tak sempat turun ke satu site pun sebab dok kalut dengan macam-macam paperworks. In sya Allah bulan September nih nak jugak melawat kawasan sekupang dua.

Sebab tuh jugak nak amik coti nak pi mana-mana kursus keusahawanan boss dok angkat-angkat kening sebab dia tau reja kita banyak macam mana heheeehhehehe. Coti tinggal 2,3 hari pun antara sebab tak dapat nak pi mana-mana kursus akhir-akhir nih.

Harapnya den akan ada masa untuk update blog. In sya Allah.

0 Comments