Disebabkan rancangan ke Melaka adalah nak berjalan sekupang dua je sempena coti merdeka, so memang la tak ke mana sangat pun sebab dah sampai kat Melaka pun dah dalam 730 malam.

Lepas check in, tak tengok bilik pun teruih keluaq pi cari makan.

Ternampak banyak beca dok ke hulu ke hilir. So bawa la budak-budak tuh naik beca satu pusingan kat bandar Melaka (dalam 10 minit perjalanan) dengan bayaran RM25. Saja je la bagi budak-budak merasa naik beca yang berkerlipan lampunya tuh.
Beca minion yang kami naik
Lepas naik beca, kitaorang makan asam pedas ikan pari dekat-dekat hotel tuh. Tatau la kalo taste bud den dah terpleot tapi rasa asam pedas tuh biasa-biasa sangat, sedap lagi asam pedas Sijangkang, Banting rasanye.


Sempat beli dodol, putu, cakar ayam dan gula Melaka sebagai souvenir untuk makan sendiri je pun.

Jalan-jalan kat sini

Sempat jugak la budak-budak nih paw den mainan. Si F of coz la paw dinosaur. Si A paw Ultraman.
Punya banyak mainan akhirnya dinosaur dan ultraman jugak yang dipilih
Kitaorang melepak kat bilik hotel sampai kul 12 tengahari. Lepas check out baru la kitaorang pi makan kat Cafe Mawwadah tuh. Satu kepala dia caj RM5 untuk breakfast siap teh o atau kopi o. Okay dah den rasa sebab ada nasi lemak, ketiaw goreng, nasi goreng, bihun goreng dan lontong. Cumanya mahai tang kuih dan nugget. Kuih jatuh 50 sen satu. Nugget seketoi RM1. Dah la nugget tuh favourite F. Dah dia makan 7 ketoi nugget. Mama pun pasrah je la bayo RM7 untuk 7 ketoi nuggets tuh huhuhuhuhu.
Budak nih breakfast jajan
Lepas makan kitaorang pi jalan kejap tengok umah contoh kat Bukit Rambai dan Alor Gajah. Saja je jalan-jalan cuci mata tengok umah-umah contoh yang sangat chantek.


Serious chantek

Lepas lunch teruih kitaorang gerak balik ke Shah Alam. Walopun berjalan sekupang dua je, masih jugak terasa letih. Faktor usia gamaknya.

In sya Allah next time bila ada rejki kita mai lagi Melaka untuk berjalan bersungguh-sungguh kat bandar Melaka tuh.

0 Comments