Disebabkan agenda berjalan-jalan adalah sangat tak terancang, so memang la dok blur nak pi mana lepas melawat kawasan perumahan yang kachaks dekat Bandar Seri Iskandar. Walopun ada beberapa orang dok kata jenis tanah tak sini tak beberapa best sebab tanah jenis lombong dan jenis pajakan (leasehold) tapi perumahan kat Bandar Universiti Seri Iskandar sold out kot. Mungkin dia adalah dekat dengan pelbagai pusat pengajian tinggi macam Universiti Teknologi Petronas, UiTM Cawangan Iskandar, etc.

Sepanjang dok berjalan dari Taiping ke Bandar Seri Iskandar nih penuh dengan orang dok juai cempedak. Dapat beli cempedak madu goreng dekat café Petronas kat Bandar Seri Iskandar. Memang sedap gila. 4 ketoi RM 1. Den beli sampai RM 5. Makan la sampai lebam satu keluarga.
Tengok internet macam menarik plak Telok Senangin sebab katanya sesuai untuk main pasir. Ingat nak bagi budak-budak main pasir sambil celup-celup kaki dalam ayaq laut.

So tengok la hotel apa yang dekat dengan Telok Senangin tuh. Terjumpa la kat agoda tuh Yeob Bay Hotel. Tengok komen orang yang pernah duduk kat situ macam okay je. Yang buat den terberkenan dekat hotel tuh sebab katanye hotel tuh ada private beach sendiri. 

So dari Bandar Seri Iskandar tuh kitaorang gerak ke Jeti Lumut sebab den tersalah setting GPS muhahahhahaha. Nasib baik la buong tuh layan je den nih ha. Jauh jugak rupanya nak pergi ke Yeob Bay Hotel, Telok Senangin tuh dari Jeti Lumut tuh. Dalam 26 km jugaknya.
Yeob Bay Hotel sangat la duduk kat hujung kawasan sekali. Nak sampai sana kena melalukan ladang pokok kelapa sawit, gudang, etc. Kedai makan pun tak nampak bila dah masuk kawasan nih. Serious jauh ke dalam camtuh. Memang agak takut skit la.

Bila sampai dekat Yeob Bay Hotel tuh yang terletak betoi-betoi terasing dan seko-seko kat hujung kawasan tuh, lagi bertambah ngeri bila tengok takde seekor kereta pun kat parking area. 
Tapi disebabkan memang nak bagi budak-budak main pasiaq laut, den gagahkan jugak la tanya kat adik reception tuh rege bilik semalam, etc. Rege hari tuh dalam RM 130 kalo tak silap siap breakfast. Macam okay tapi bila adik tuh kata akak dan family je la yang duduk kat hotel nih malam nih sebab memang takde guest lain. Semua guest dah check out tengahari tadi katanya.
Yeob Bay Hotel
Dah la teruih den berdebar-debar. Ngeri kot kitaorang je guest kat hotel tuh. Dah la hotel tuh sekoq-sekoq dia je kat kawasan tuh.

Den ceite la kat buong. Dah dia berdebar sekali.

Sebelum decided nak duduk situ ke tak, kitaorang melawat la private beach dia dulu. Tapi memang area sini pantai berselut skit kot sebab ada bakau. So pasiaq dia memang tak sesuai untuk main camtuh. Tak macam pantai PD dan Langkawi.
Private beach yang tak bley nak main pasiaqnye
So disebabkan tak best main pasiaq, buong kata moh la kita tidoq je kat mana-mana hotel kat Jeti Lumut. Buong kata tak berani la tidoq kat hotel Yeop and Bay tuh kitaorang-kitaorang je. Takut la ada momok or kalo ada rompakan ke ape mampuih la kitaorang mati kejung sebab takde sape pun tau kitaorang tidoq kat hotel di lokasi terpencil tuh.
A tak sempat nak angkat tangan
Kalo ada ramai guest yang dok ada, mungkin okay nak duduk sini. Mungkin kalo ada aktiviti macam team building opis ke apa ke sesuai jugak kat sini. Kalo ramai meriah la skit, tak la takut sangat. Cuma memang takde gerai makan terdekat, takde kiosk jual souvenir ke ape. 

Nak berehat-rehat tak keluaq hotel sesuai la duduk sini.

Walopun tak bermalam kat sini, at least kitaorang dah sampai la kat Telok Senangin nih.

0 Comments