The Regency Hotel Seri Warisan, Taiping
Den dengan
buong suka hotel nih sebab walopun design dalam bilik agak old skool tapi
bersih dan nyaman-nyaman camtuh. Parking berdepan kat open space berdepan
dengan hotel je. Tak sure la kalo ada parking kat basement ke. Sebelah hotel
nih ada stesen minyak Shell.
Kaunter masa bertema aidilfitri |
Bila dah
check out esoknya baru la den tau hotel nih under management Majlis Agama Islam
Perak. Yelah sampai malam-malam takde la sempat nak tengok logo bangunan ke
apa. Dah penat sangat. Dapat hotel okay dah cukup happy dah.
Adik kaunter
yang manis tuh bersopan sungguh masa den nak check in.
Lobi hotel
agak luas. Ada dua set sofa disediakan. So kalo nak kena tunggu turn untuk
check in ke check out, boleh la melepak kat situ je. Kemas dan sweet je lobi
dia.
Dengan rege
RM 161 siap breakfast untuk dua orang den rasa okay la. Kalo tak guna kad
gomen, rege jadi RM 173. Takde la beza mana pun tapi dah ada kad nye kita guna
je la. Beza RM 12 boleh la buat top up duit minyak gittew.
Bilik hotel
standard macam hotel lain. Ada disediakan complimentary 2 botol air minuman,
ada kettle, ada iron, hair dryer, peti sejuk mini, etc.
Lemari dia besaq sungguh |
Tv agak comel skit |
Simple |
Free wifi
agak laju.
Budak-budak
tuh memang dah jadi SOP depa kalo pi mana-mana hotel mesti nak mandi sampai
kecut baru depa puas hati. Mujoq tak dak bath tab, kalo tak sampai kena paksa
baru nak keluaq dari panchoq. Sakan depa dok mandi sampai pedih-pedih mata main
sabun.
Yang
terpleot skit kat bilik den nih adalah tak terasa ayaq panas. Tak sure la kalo
water heater dia rosak ke kitaorang yang salah setting tapi memang tak dak ayaq
panas. Disebabkan dah penat dan nak tidoq pun semalam je, kitaorang malas la
nak tanya orang hotel tuh.
Kitaorang
masuk bilik dalam 9 pm. Sempat la ordered room service sebelum depa tutup order
at 930 pm. Licin takau kitaorang makan nasi goreng dengan sandwich sardine.
Kelaparan sungguh semua orang. RM 30 untuk semua makanan tuh termasuk secawan
kopi o. Rasa memang sedap tapi tatau la kalo berperasaan camtuh sebab kelaparan
kan hehehhheehe.
Nasi Goreng Bagus (ada 3 ekoq udang + 1 chicken wing) dan sandwich sardin |
Gamaknya
sebab den dah membulat dan budak-budak makin membeso, cam tak muat plak tidoq
kat katil queen tuh berempat. Bersempit-sempitan plak rasanya.
Tak dan nak amik gambaq depa dah sakan melompat atas katil nih |
Breakfast
disediakan di ruang makan di sebelah bilik penginapan. Bangunan yang sama tapi
lain pintu masuk.
Jalan nak ke dining area |
Buffet
breakfast nya simple je tapi serious sedap. Ada bubur nasi, nasi lemak (buong
kata paling sedap sebab nasi dia berderai), ketiaw goreng, ommellete, sosej,
baked bean, cereals, roti bakar, tembikai dan tembikai susu serta rendang ayam,
kuah kacang, nasi impit (sempena raya kot). Ada jus oren, ayaq kopi dan teh.
Comei lote je tempat breakfast buffet dia |
Kerusi meja
dalam dining area nih macam kerusi meja kopitiam camtuh. Sejuk gila aircond kat
sini. Boleh jugak kalo nak makan kat luar bangunan coz ada disediakan kerusi
meja dekat corridor tuh.
Masa makan
tuh, keluarga kitaorang dengan satu family nih je yang ada. Yalar orang lain
dah sibuk keje lepas coti panjang hari raya, kitaorang baru tergedik-gedik nak
berjalan-jalan. Tapi memang best la berjalan di bukan waktu puncak sebab
bertenang-tenang je rasanya.
Ada dianto
surat khabo ke bilik pagi-pagi. Lepas breakfast, kitaorang melepak sekupang dua
kat bilik tuh sebelum late check out at 1 pm.
Macam sedap je cekodok pisang untuk sembang petang tuh |
Sekarang si F dok suka amik gambo camnih plak dah. Pusing belakang sambil angkat tangan. Kita layankan je la. |
Den dengan
buong rasa hotel nih selesa la kalo kita nak melepak kalo nak berjalan kat
Taiping nih. Taman Tasik Taiping pun dalam 6 km je dari hotel nih.
0 Comments