Raya
Orang lain dah siap habis puasa enam den baru nak ceite pasal raya yek. Semakin teruk perangai malas mengupdate blog nih ha tatau kenapa. Masa posa hari tuh badan lemau sebab penat posa, lapaq ayaq bagai. Dah raya nih alasan penat makan tak henti-henti ke apa pun tatau.
Tahun nih den masak rendang campoq (hati + limpa + paru + daging). Nih rendang feveret den sebenaqnya.
Baju raya buong dan dua orang anak bujang tuh memang tak beli sebab depa masih muat baju Melayu tahun lepas yang kaler mustard tuh. Den & buong memang camtuh. Asal muat lagi kita pakai je la sebab baju melayu nih budak-budak pakai sekejap je kot.
Den disebabkan sangat membesar kena la beli baju raya. Nak menyorokkan kegendutan yang sangat ketara, den beli jubah Abaya daripada jiran kawasan umah den. Tak sangka best kain Abaya tuh k. Cuma payah nak menyusukan si tembun sorang tuh la coz takde butang kat jubah tuh.
Balik raya ke umah keluarga mentua. Then beraya dengan abah dan keluarga. Balik PD jenguk sanak sedara. First time raya tanpa Allahyarham atok sedih la jugak tapi hidup kena diteruskan gittew. Allahyarham mak dah meninggal dunia 28 tahun lepas. So takde la rasa meriah apa sangat pun raya nih.
Budak-budak nih mungkin kecik lagi so depa takde la kisah apa sangat cuma F dok kata 'mama...teacher kata raya dah tak payah posa, dah boleh makan'. Macam la dia tuh posa kan dok risau tak bley makan masa Ramadhan.
Kuih raya 2 balang dah abis sebelum raya lagi. Ada chop chip cookies tuh abis sekali hadap je lepas ambil kat umah penjualnya tuh.
Tak sempat pi open house mana-mana lagi pun.
In sya Allah akan update blog nih bila rajin yang ntah bila-bila tuh padahal ada je ceite nak koba.
F tak kisah dapat duit raya ke tak. Yang penting tak payah pegi sekolah. A plak sakan main ke hulu ke hilir sampai dapat kudis buta. |
0 Comments