Lepas check in kat Bezza Hotel, kitaorang teruih menapak cari dinner. 

Jumpa kiosk dekat-dekat dengan Terminal Jeti. Bantai je la makan kat situ sebab dah tak larat badan ke hulu ke hilir dalam kete. Makan nasi goreng seafood + burger daging + nugget + fries + 3 ayaq berwarna warni dengan rege RM 23. Boleh la kot yek sebab kawasan pelancongan memang biasanya rege meletops skit.

Sedap jugak food dia cuma tak tahan banyak nyamuk. Setengah jam duduk situ makan, 5 ekoq nyamuk bantai A. Kesian budak tembun tuh.

Sepanjang jetty walk tuh memang ramai orang dok melepak-lepak ambik angin malam. Mostly family la. 

Ada jugak satu family nih juai mainan. Den beli la pistol buih tuh kat si F. Sakan la plak A dok berebut pistol buih tuh dengan dia. Bukannya dia nak main buih tuh. 

Tapi disebabkan kitaorang dah penat sangat. Berjalan sekupang je la pun kat kawasan tuh.

Esoknya (Isnin, 19 July) masa kitaorang check out, tengok-tengok hujan agak lebat. Memang cancel la rancangan nak naik bot ke Pulau Pangkor. Lepas lunch kat area jeti tuh, beli la skit ikan bilik dan jajan sekupang dua sebelum bergerak nak pi tengok penyu dekat Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu, Pasir Panjang, Segari. Dalam 36 km jugak dari Jeti Lumut.
Mula-mula sedih sebab tak dapat naik bot due to ujan. Lepas cakap nak pi tengok penyu, suka je si F tuh.

Blasah je beli dekat kedai yang terdekat sekali dengan tempat kitaorang parking kete
Hasil tangkapan

2 Comments

  1. bila nk dtg lumut lg ? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sya Allah memang nak datang lagi sebab suasananya yang tenang tapi tetap menarik

      Delete