Dah beberapa bulan dok terasa badan macam bertambah berat dan bulat walopun di bulan posa.

Den dok bising-bising camtuh je la dok cakap ‘rasa macam dah makin berat la, etc’.

Tapi memang confirm terpaling berat dalam sejarah sebab:

1. raya baru nih pak mentua cakap ‘dah nampak berisi bulat mukanya’;

2. my bf yang mulut puaka tuh cakap ‘wei…pasai pa hang dah makin gemuk dari last sekali aku jumpa hang?’ Of coz den menyampah kat dia nih sebab dia antara makhluk yang makan macam bela hantu raya tapi still kurus kedenkiang;

3. my frenz ‘hang preknen ke sebab hang macam extra bulat?’;

4. bley terasa peha macam melekat bila berjalan;

5. seluar keje yang den memang ditempah dengan kelegaan 2 inci pada pinggang tuh jadi muat-muat sangat;

6. yang paling tragis ada satu suit blazer dan seluar tak muat langsung….nangis;

7. sluar jeans yang den beli tahun lepas dan baru terjumpa minggu lepas masa kemas lemari tahun lepas langsung tak muat….sampai peha je lepaihnye; 

8. kain baju kurung ada yang tak boleh nak kancing; dan

9. cincin den tak muat (first time dalam hidup den).

So masa lepaking dengan member tadi, tergerak hati nak timbang berat setelah sekian lama dok bertangguh-tangguh. Den bajet berat dalam 67 kg je la. Alih-alih amik kau berat dah jadi 69.5 kg huhuhuhuhuhu.

Den rasa kalo den abiskan lagi setengah balang almond London tuh haruslah jadi 70 kg.

Memang sangat ngeri k. 

So nak tak nak kena mula bersenam dan kurangkan makanan yang sedap-sedap tuh huhuhuhu.

Rasa tak best bila badan berat sangat.

Risau penyakit hinggap pun iya jugak sebab dah umoq-umoq camnih.

Tapi weekend nih nak balik umah mentua, sure mak mentua sedap-sedap…camne kan?

Baru jugak berangan nak singgah beli durian nak suruh mak mentua masakkan pulut dan kuah durian….haish.

0 Comments